ARTIKEL

Awang Tengah (tiga kanan) pada Majlis Makan Malam yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (duduk) di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam di sini malam tadi.

Dagangan dua hala Sarawak-Brunei meningkat 23.8 peratus kepada RM3.76 billion pada 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei Darussalam: Perdagangan dua hala antara Sarawak dan Brunei Darussalam mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM3.76 billion pada tahun 2023.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata prestasi dagangan dua hala pada tahun 2023 meningkat sebanyak 23.8 peratus berbanding RM3.04 billion pada tahun sebelumnya (2022).

Justeru, beliau percaya kerjasama rapat antara Sarawak dengan Brunei akan meningkatkan lagi nilai perdagangan.

“Oleh itu, kita akan mempergiatkan usaha untuk memudahkan perdagangan antara Brunei dan Sarawak, terutamanya melalui ekspo perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi Bersama Diaspora Sarawak di Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam di sini malam tadi.

Pada masa sama, Awang Tengah, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, memberitahu Kerajaan Sarawak sedang membangunkan Lebuh Raya Pesisir Utara (NCH) yang akan disepadukan dengan rangkaian jalan raya Brunei Darussalam.

Jelasnya, pembangunan infrastruktur lebuh raya itu sekaligus memudahkan lagi perdagangan dan pelaburan antara Brunei dan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak juga akan mengukuhkan kerjasama dalam aspek telekomunikasi untuk menyediakan ketersambungan di pintu masuk sempadan,” ujarnya.

Terdahulu ketika berucap, Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Nur Ezira Mahadi, berkata pada tahun 2023, Brunei merupakan rakan dagangan global ke-30 terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan dua hala hampir mencecah RM10 billion.

Tambahnya, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan mengalu-alukan pembukaan Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak Brunei (STATOB) pada tahun ini yang secara langsung meningkatkan lagi kerjasama ekonomi antara Brunei dengan Sarawak.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya