ARTIKEL

Daki tembok lahir remaja sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEKITAR 30 peserta menyertai Pertandingan Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Sarawak anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBSNS) dan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan di Altitude Climbing Gym The Hills Kuching baru-baru ini.

Menurut Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Zaini Abdul Aziz pertandingan tersebut bertujuan mengenal pasti atlet berbakat di Sarawak.

“Kita juga ingin memberi penghormatan kepada penggiat sukan mendaki di peringkat negeri untuk melatih atlet baharu mempromo-sikan sukan ini dalam kalangan remaja Sarawak.

“Kita juga mahu mempromosikan gaya hidup sihat remaja di peringkat akar umbi, dengan memaksimumkan penggunaan kemudahan yang disediakan,” katanya.

Tambah beliau pertandingan ini boleh diadakan lagi untuk masa akan datang kerana ia mendapat sambutan menggalakkan.

Dalam pertandingan tersebut beberapa kategori telah dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita, Pelajar Sekolah 7 sehingga 12 tahun dan kategori Khas 13 hingga 15 tahun.

Bagi kategori umur 7 hingga 12 tahun lelaki tempat pertama dimenangi oleh Allister Ethan, diikuti Putera Anas (kedua) dan ketiga ialah Farrish Iszma Airel.

Manakala bagi perempuan johan disandang oleh Aurelia Relise Goh Yee Yue, naib Johan Valarie Law Hui dan tempat ketiga Amanda Toh Hui Jie.Bagi ketegori khas berumur 13 sehingga 15 tahun pula tempat pertama dimenangi oleh Richie Liew, diikuti Jericho Cua Hien Cheong dan Oliver Jame William.

Untuk Wanita Terbuka johan dimenangi oleh Samantha Chung, diikuti Pearl Ee dan tempat Ketiga Azy Morni.

Manakala bagi terbuka lelaki johan disandang oleh Ambrosse Giak Hilton Micheal, naib Johan Desmond dan tempat ketiga Lee Chung Hoe.

Zaini turut menasihati para belia yang ingin menyertai sukan ini perlu mengambil perhatian serius tentang keselamatan.

“Penyertaan daripada pelbagai latar belakang mampu mewujudkan perpaduan yang erat dalam kalangan peserta,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira