ARTIKEL

Dakwaan kamera tersembunyi di inap desa, tindakan segera perlu diambil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memandang serius dakwaan pelancong asing, yang mendakwa sebuah inap desa yang didiaminya di Sabah telah dipasang dengan kamera tersembunyi.

Menteri berkenaan Datuk Seri Tiong King Sing berkata Kerajaan Negeri Sabah, MOTAC Sabah dan agensi berkaitan, telah diminta mengambil tindakan serius dan sewajarnya terhadap dakwaan yang didedahkan di sebuah platform media sosial Xiaohongshu, yang berpangkalan di Shanghai pada 14 Sept lepas dan kemudiannya diulang siar oleh portal berita tempatan.

“Hukuman tegas dan setimpal wajar dikenakan kepada mana-mana pihak yang terbukti bersalah, kerana perbuatan terkutuk seperti ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang, tetapi juga menjejaskan imej industri pelancongan negara.

“Saya mengingatkan kepada semua pengusaha homestay atau pemilik yang berdaftar di bawah MOTAC dan memperolehi penggredan daripada MOTAC, sekiranya didapati melanggar undang-undang dan disabit bersalah, MOTAC akan ambil tindakan tegas seperti membatalkan pendaftaran dan menarik balik penggredan mereka,” katanya dalam kenyataan di Facebook di sini semalam.

Tiong turut mengingatkan kepada semua pengusaha inap desa atau pemilik yang berdaftar di bawah Airbnb, supaya mengambil perhatian serius terhadap disiplin serta memeriksa latar belakang pekerja masing-masing.

“Tidak dinafikan perkara seperti ini mungkin terjadi disebabkan perbuatan peribadi, yang dilakukan oleh para pekerja inap desa atau Airbnb yang tidak bertanggungjawab. MOTAC tidak akan berkompromi terhadap kejadian seperti ini dan akan terus membuat pemantuan dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

Projek ART Johor bechuntoka pemujur Sarawak

KUCHING: Sistem Transit Aliran Autonomi (ART) di Sarawak deka nyadi malin ungkup projek ART ti deka dipejalai di nengeri Johor. Perintah Nengeri Johor benung ngelanggur