ARTIKEL

Dr Zulkifli Hasan | BERNAMA

Dakwaan Malaysia tidak anjur tilawah al-Quran tahun ini tidak benar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Dakwaan yang tular di media sosial, kononnya pertandingan tilawah al-Quran tidak dianjurkan di Malaysia pada tahun ini, adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 23 hingga 28 Mei ini di Kuantan, Pahang, manakala Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 5 hingga 12 Oktober.

“Sehubungan dengan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai untuk sama-sama menyemak kebenaran fakta sebelum disebarkan.

“Bersempena dengan 10 malam terakhir Ramadan ini, marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah dan meninggalkan perkara yang sia-sia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, tular sejak beberapa hari lepas dakwaan oleh beberapa pemilik akaun, terutamanya di Facebook dan Twitter, kononnya Malaysia tidak lagi menganjurkan pertandingan tilawah al-Quran dan hanya fokus kepada penganjuran konsert. 
 
Pada 13 Februari lepas, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dalam sidang media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata negeri itu akan menjadi tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024. 

Majlis selama enam hari itu akan berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Kuantan dan Kerajaan Pahang berbesar hati untuk menganjurkannya selepas kali terakhir menjadi tuan rumah pada 2014.

Wan Rosdy juga memberi jaminan akan berusaha sebaik mungkin menjayakan penganjuran majlis itu yang disifatkan sebagai penghormatan kepada Kerajaan Pahang. — BERNAMA

BERITA LAIN

OJ Simpson meninggal dunia pada usia 76 tahun

OJ Simpson sudah meninggal akibat kanser pada usia 76 tahun, kata keluarganya. Menurut mereka dalam satu kenyataan: “Pada 10 April lepas, bapa kami, Orenthal James

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36

Kuda lumba ‘tunggu’ kereta api di Australia

PORTAL berita sky.news di Australia semalam melaporkan tentang satu rakaman video tular yang menunjukkan seekor kuda seakan-akan sedang menunggu kereta api seperti mereka. Kuda lumba

32 juta warga saksikan gerhana matahari penuh

Puluhan juta warga Amerika Utara teruja menyaksi gerhana matahari penuh pada Isnin. Di pantai Mexico gerhana matahari penuh berlaku pada 11.07 waktu tempatan, kemudian dapat

BERITA TERBARU