ARTIKEL

Dakwaan palsu, Sarawak Metro buat laporan polis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd membuat laporan polis berhubung dakwaan palsu terhadap syarikat tersebut dan pengurusan tertingginya.

Menurut Sarawak Metro, dakwaan palsu itu dibuat menerusi satu artikel dalam talian yang diterbitkan di laman sesawang dan disebarkan ke pelbagai platform media sosial.

“Syarikat melihat dakwaan dalam artikel itu sebagai tidak berasas dan fitnah, serta berniat jahat, bertujuan untuk mencemarkan reputasi syarikat dan pengurusan tertingginya.

“Sarawak Metro menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas yang terkandung dalam artikel tersebut dan oleh itu bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang membuat, berkongsi dan menyebarkan dakwaan itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sarawak Metro menegaskan syarikat mereka mengekalkan standard tinggi tadbir urus korporat dan ketelusan sepanjang operasi organisasi.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

Puasa pupuk kesabaran

KETIKA matahari terik di atas kepala sambil memancarkan sinarnya, ia membuatkan kita rasa tidak selesa dan letih akibat panas yang tidak terhingga.  Apatah lagi menjelang

Puteri Balqis sekat pengikut toksik

PELAKON, Puteri Balqis bertindak menyekat mana-mana individu toksik yang sering menghina, mengejek serta memperlekeh wajahnya.  “Apabila saya bertutur dalam bahasa Inggeris kerana sudah terbiasa dan

Komuniti desa berpendapatan tinggi

Ketika berucap pada majlis yang sama,Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Datuk Zulfi kri Osman turut mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan yang diperoleh dalam pertandingan