Trending

Dakwaan pembangkang sengaja pesong fikiran rakyat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIMANGGANG: Pembangunan di Simanggang adalah berterusan, tegas Adunnya Datuk Francis Harden Hollis yang menyangkal dakwaan pembangkang bahawa kawasan tersebut tidak ada apa-apa. Menurutnya, mereka sengaja menimbulkan isu tiada pembangunan untuk terus memesongkan fikiran rakyat.

“Bagi saya, itu modal yang telah basi kerana Dun Simanggang sedang rancak mengalami pembangunan dan ia sentiasa berjalan. “Kita harus berfikiran rasional bahawa pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan mengambil masa. Tidak mungkin hari ini lulus, esok siap!

“Sebaliknya ia bermula dengan proses permohonan, menentukan tapak, penyelesaian dengan pemilik tanah, lukisan reka bentuk, penyediaan kos anggaran, pengeluaran sebut harga, pemilihan kontraktor, surat tawaran kepada kontraktor yang berjaya, dan akhir sekali memulakan kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Simanggang menggesa jentera parti memainkan peranan masingmasing untuk meyakinkan rakyat yang telah dipesongkan oleh pembangkang agar membenci GPS. “Perkara ini harus diberikan tumpuan serius ekoran pembangkang hanya ingin memenuhi kepentingan sendiri.

“Sehingga sanggup menggunakan platform beberapa tuai rumah yang hilang arah dalam sumpah taat setia kepada kerajaan yang mengiktiraf pelantikan mereka,” ujarnya. Antara lain tambah Harden, kumpulan serpihan itu kecewa kerana kehendak mereka tidak dipenuhi.

“Mereka tidak mempunyai kesabaran serta mengambil jalan pintas dengan menyertai pembangkang menyebabkannya semakin jauh daripada arus pembangunan kerajaan,” jelasnya. Beliau mengingatkan semua ahli jawatankuasa dan jentera parti agar mengukuhkan kerjasama dalam kalangan ahli bagi menghadapi PRN-12.

Tambahnya lagi, walaupun program parti sangat terhad, namun itu bukan alasan untuk tidak memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Semua ahli bersetuju agar Ahli Majlis Daerah Sri Aman daripada SUPP menubuhkan jawatankuasa sebagai platform mengadakan pramesyuarat sebelum mesyuarat sebenar diadakan. Ini untuk memisahkan mesyuarat parti dengan mesyuarat projek pembangunan atau isu berbangkit yang diutarakan dalam mesyuarat kerajaan tempatan

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru