ARTIKEL

Dalat, Daro hijau ke kuning

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri mengisytiharkan dua lagi kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bangunan Kerajaan, Beluru dan Kluster Sungai Kawi, Meradong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataannya berkata, sebanyak 42 kluster yang masih aktif.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 kluster melaporkan penambahan kes.

“Manakala, 29 kluster lagi tiada penambahan kes,” katanya.

Tambah JPBN, Daerah Dalat dan Daro bertukar daripada status hijau kepada status kuning setelah masing-masing merekodkan satu dan empat kes jangkitan tempatan hari ini.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus hijau menurun kepada lima daerah dan daerah berstatus kuning meningkat kepada 19 daerah.

“Sebanyak 12 daerah kekal berstatus merah dan empat daerah kekal berstatus jingga,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian