ARTIKEL

Alexander (tengah) memukul gong sebagai acara simbolik perasmian Majlis Apresiasi dan Ngiling Tikai DAM 2024 di sini semalam.

DAM main peranan penting tingkatkan kesedaran tentang gejala sosial dalam kalangan belia Iban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Persatuan Dayak Miri (DAM) memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang isu sosial yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja.

Pemanca Alexander Isut Karin berkata antara isu sosial yang perlu diberi perhatian segera adalah kehamilan di bawah umur, penyalahgunaan dadah serta kes penipuan pekerjaan.

“Saya berharap DAM akan meneruskan usaha untuk mendekati masyarakat dan membantu mewujudkan kesedaran tentang isu-isu yang telah menjejaskan komuniti kita.

Alexander (dua kiri) menyampaikan sijil dan insentif kepada seorang anak ahli DAM yang cemerlang dalam akademik.

“Di Miri, masyarakat Iban mencatatkan statistik kehamilan remaja tertinggi, dan saya juga difahamkan bahawa orang kita juga sering menjadi mangsa penipuan pekerjaan.

“Bukan itu sahaja, masyarakat kita juga, khususnya golongan remaja, turut terlibat dengan gejala lumba haram atau lebih dikenali sebagai Mat Rempit,” katanya ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Ngiling Tikai DAM 2024 di sini semalam.

Alexander, yang mewakili Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis tersebut, turut menekankan kepentingan exco serta ahli jawatankuasa DAM bagi memastikan persatuan itu kekal relevan dalam kalangan masyarakat.

Jelasnya, beliau amat menghargai dedikasi serta pengorbanan yang dibuat oleh exco dengan memegang jawatan dalam persatuan tersebut.

“Kepada exco sebelum ini, penghargaan yang sewajarnya perlu diberikan kepada anda semua di atas usaha yang telah anda lakukan sejak dua tahun lalu.

“Manakala, bagi jawatankuasa exco yang baharu pula, saya mengucapkan tahniah dan ia adalah peluang yang sangat baik, terutamanya bagi golongan muda.

“Ini kerana apabila anda memegang jawatan dalam DAM, terdapat banyak tempat untuk anda belajar iaitu bahagian belia, wanita, pendidikan, perniagaan, kebudayaan dan ia juga merupakan peluang bagi anda untuk meluaskan lagi jaringan sosial anda,” ujarnya.

Pada majlis itu, Alexander turut menyampaikan sijil dan insentif daripada DAM kepada 26 anak-anak ahlinya yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan juga lepasan pengajian tinggi pada tahun lalu.

Di samping itu, Alexander juga mengumumkan geran RM10,000 kepada DAM daripada Uggah, tambahan RM10,000 daripada Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat, dan RM5,000 daripada Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50