ARTIKEL

Dana khas bantu pelajar Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Satu dana khas akan ditubuhkan oleh Kerajaan Sarawak sebagai langkah proaktif dalam membantu pelajar tempatan di negeri ini meningkatkan pengeluaran industri makanan berasaskan teknologi.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dana tersebut akan dikaji berdasarkan nilai pulangan dan risiko jangka panjang kerana teknologi yang digunakan masih baharu.

Mengambil contoh projek pelajar Kolej Universiti i-CATS (iCats) di Kampung Kaba Saratok katanya, pelajar dan pensyarah kolej berjaya menghasilkan makanan haiwan daripada biojisim.
Malah katanya, Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Sarawak menerima saranan Sarawak untuk membuat kajian berkaitan alga di Sebuyau yang melibatkan bahan api penerbangan mampan (SAF).
“Oleh itu, kita mesti mempunyai dana khas untuk membantu pelajar ini. Tanpa dana khas, susah juga sebab ia memakan modal agak tinggi… saya dan kerajaan masih lagi berbincang mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa pertama mengenai Bioteknologi, Pertanian Pintar, dan Keusahawanan untuk Keselamatan Makanan (BioSFE) 2023 di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, pelajar universiti yang mengikuti program berkaitan pertanian dan industri makanan di Sarawak berpeluang ditempatkan di taman agro selepas tamat pengajian untuk berkhidmat sebagai pengurus ladang bagi menyelia pembangunan pengeluaran makanan.

Jelasnya, Sarawak kini sedang membangunkan taman agro pelbagai saiz, seperti di Sarikei dan Kuching, yang akan menjadi taman perindustrian apabila pengeluaran besar-besaran bermula.

“Dengan tujuh tahun lagi untuk kita (Sarawak) mencapai cita-cita menjadi pengeksport makanan bersih menjelang 2030, saya telah mengamanahkan universiti kita memupuk pelajar mengikuti program berkaitan pengeluaran makanan.

“Selepas tamat pengajian, jika mereka serius, kita boleh menempatkan mereka di taman agro untuk mereka menghasilkan makanan berasaskan teknologi baharu,” katanya.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Menteri Kemajuan Wilayah Martin Ben, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Hii Chang Kee dan Rektor UiTM Prof Datuk Dr Jamil Hamali turut hadir.

LAIN-LAIN BERITA

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

BERITA TERBARU

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan