Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Dana lebih besar diperlukan bagi melancarkan usaha pembangunan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Syed Hamzah Datuk Wan Hamid Edruce

KUCHING: Sarawak memerlukan dana yang lebih besar bagi mempercepatkan usaha merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar di negeri ini kata Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Syed Hamzah Datuk Wan Hamid Edruce.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung peruntukan RM5.4 bilion yang disalurkan kepada Sarawak.

“Walaupun terdapat peningkatan berbanding RM4.5 billion tahun ini, Sarawak sebenarnya memerlukan dana pembangunan yang lebih besar untuk memastikan pembangunan dijalankan lebih lancar,” katanya.

Sementara, beliau turut mendedahkan peruntukan RM305 juta bagi tujuan kemudahan pinjaman khas kepada belia dalam menjadi usahawan kecil mampu memberi manfaat, khususnya selepas terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, dana yang disediakan melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank dilihat memainkan peranan penting dalam membantu golongan tersebut.

“Peruntukan itu dijangka dapat memberi ruang dan nafas baharu kepada para belia yang menceburi bidang usahawan.

“Justeru, kita berharap agar kerajaan dapat memudahkan urusan permohonan ini kerana terdapat ramai belia yang sedang tersepit dalam masalah kewangan.

“Malah, ada juga yang telah disenarai hitam oleh institusi kewangan apabila perniagaan mereka terjejas semasa penularan wabak yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Sementara, beliau yang juga ahli perniagaan turut menyambut baik pengumuman bantuan RM2,500 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Ujarnya, kategori baharu isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan tanggungan lima orang anak atau lebih dilihat mampu meringankan beban sesebuah keluarga.

Pengumuman ini turut membuktikan bahawa kerajaan prihatin dan mendengar suara rakyat agar keluarga yang mempunyai ramai anak diberikan bantuan yang lebih besar.

“Bantuan tunai ini dipercayai dapat membantu rakyat dalam tempoh masa ini, memandangkan keadaan sekarang yang memaksa orang ramai berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru