ARTIKEL

Dana penjagaan kucing jalanan diperlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Arzuna Abdullah

KUCHING: Street Paws Volunteer memerlukan bantuan dana daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam untuk memastikan mereka dapat terus membantu kucing jalanan.

Pengasasnya Arzuna Abdullah berkata, dalam usaha memberikan bantuan kepada kucing jalanan, mereka sememangnya berhadapan dengan isu dana.

“Ketika ini, kami menjaga 82 ekor kucing jalanan di pusat penjagaan yang ditubuhkan.

Rakaman sekitar program Pertunjukan Kucing Amal Mini di Aeroville Mall, di sini, hari ini.

“Justeru, dana sememangnya diperlukan kerana terdapat kucing tertentu yang memerlukan penjagaan khas,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Pertunjukan Kucing Amal Mini di Aeroville Mall, di sini, hari ini.

Tambahnya, anggaran kos untuk menjaga 82 ekor kucing tersebut adalah RM2,000 sebulan dan apa yang lebih mencabar apabila kucing memerlukan rawatan khas di klinik.

“Ketika ini, kami memang bergantung kepada derma daripada orang awam dan kenalan di Facebook. Kalau saya memuat naik kes kucing jalanan yang ingin dibantu, mereka akan menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

“Walaupun terdapat isu kekurangan dana, kucing-kucing tersebut tidak akan dibiarkan lapar kerana sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjaganya,” ujarnya.

Menjelas mengenai Pertunjukan Kucing Amal Mini katanya, ia merupakan program pertama anjuran mereka dan mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan pencinta kucing.

Menurutnya, terdapat 91 kucing baka berbeza mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan seperti kucing berbulu pendek dan berbulu panjang;  rambut pendek dewasa dan rambut panjang: kucing tempatan Sarawak dewasa dan kucing tempatan Sarawak.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta