ARTIKEL

Dana Pinjaman Pelajar TAR UMT – Bantuan Penting Untuk Pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DI Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT), kami berpegang teguh bahawa setiap individu harus mempunyai peluang yang sama untuk menerima pengajian tinggi yang berkualiti dan berkemampuan, termasuk pelajar daripada keluarga yang kurang berkeupayaan.

Pihak Universiti sentiasa menawarkan pelbagai bantuan kewangan kepada pelajar untuk meringankan beban kewangan ibubapa mereka. Ini amat penting terutamanya selepas pandemik Covid-19.

TAR UMT menyediakan pelbagai bantuan kewangan untuk pelajar TAR UMT. Salah satu daripadanya adalah Dana Pinjaman Pelajar TAR UMT.

Dana ini adalah antara pilihan utama para pelajar kerana ini merupakan pinjaman tanpa faedah dan ia merangkumi yuran pembelajaran sepenuhnya.

Sehingga kini, terdapat 119 dana pinjaman pelajar berpusingan tanpa faedah.

Sejak penubuhannya pada tahun 1979, hampir 15,000 pinjaman tanpa faedah telah diberikan setakat ini, di mana lebih daripada RM57 juta telah diedarkan.

Di antara penerima Dana Pinjaman Pelajar TAR UMT adalah Sheryl Ho Xin Yi yang telah menerima bantuan kewangan daripada Dana Pinjaman Pelajar TARC – Toh Kim Eng.

Sheryl Ho kini bekerja sebagai Eksekutif Khidmatan Pelanggan. Beliau menekankan dengan bantuan kewangan TAR UMT, beliau dapat menamatkan pengajian ijazah sarjana mudanya dan kejayaan ini telah membantu dalam kerjayanya.

“Sejak menerima bantuan kewangan ini, saya tidak lagi risau mengenai pembayaran yuran semester baru.

Saya masih bekerja kerja sambilan dari masa ke semasa untuk menambah wang saku.

Namun begitu, saya tetap bersyukur kerana pinjaman kewangan ini telah meringankan beban dan tekanan dan ini memberikan saya lebih banyak masa untuk berehat, membolehkan saya dapat menumpukan perhatian yang lebih baik dalam pelajaran saya, ” Sheryl berkata. 

Baca lain  Demi budaya ilmu

Sheryl bergantung kepada ibu tunggalnya dan status kewangan keluarganya tidak begitu memberangsangkan ketika beliau berdaftar untuk belajar di TAR UMT.

“Ibu saya berusaha sedaya upaya untuk membayar perbelanjaan makanan dan sewa, tetapi beliau tidak mampu untuk membayar yuran pengajian saya.

Sebelum ini, saya cuba memohon untuk pinjaman pendidikan PTPTN tetapi permohonan saya tidak berjaya.

Saya seterusnya mendapatkan nasihat daripada Unit Kaunseling di Jabatan Hal Ehwal Pelajar di TAR UMT dan mereka mencadangkan untuk saya memohon Dana Pinjaman Pelajar TAR UMT,” beliau menambah.

Satu lagi pilihan bantuan kewangan ialah Pelan Pembayaran Flexi PRIHATIN TAR UMT.

Pelan ini memudahkan pelajar untuk membayar yuran semester pertama secara ansuran, di mana pelajar hanya perlu membayar yuran permulaan sebanyak RM263 untuk memulakan pengajian di TAR UMT.

Baki yuran boleh dibayar secara berperingkat sehingga minggu ke-5 atau ke-9, bergantung kepada sesi pengambilan.

Pelan ini ditawarkan untuk kemasukan ke Program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda untuk semua sesi pengambilan tahun 2023. Selain itu, terdapat pelbagai biasiswa dan dermasiswa untuk mereka yang berkelayakan.

Baca lain  Berpakaian tradisional tawan pelajar

Di antaranya adalah ‘The Star Education Foundation’, ‘Sin Chew Daily Education Fund’, ‘Nanyang Tertiary Education Fund’, ‘TAR UMT – TAA Scholarship’, ‘TAR UMT – TAA Scholarship (Top Glove)’, ‘TAR UMT–JINBODHI Bursary’, ‘TAR UMT Sports Scholarship’ dan dermasiswa untuk pemain peringkat negeri atau kebangsaan.

Di samping itu, pelbagai syarikat korporat dan organisasi turut membantu pelajar berkelayakan dengan menawarkan biasiswa dan geran, seperti ‘Yayasan Ann Joo Undergraduate Scholarship’, Hotayi Scholarship, ‘Kuok Foundation Study Grants’ dan ‘C Y Tan Foundation’.

Kishern, graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Kepujian) Logistik dan Pengurusan Rangkaian Bekala yang mendapat dermasiswa TAR UMT – Jinbodhi bukan hanya sekali, tetapi untuk dua kali sepanjang tempoh pengajian beliau di TAR UMT.

Kishern A/L Asok Kumar adalah salah seorang penerima dermasiswa TAR UMT-Jinbodhi.

“Saya berjaya memperoleh dermasiswa ini sepanjang tempoh empat tahun pengajian saya daripada peringkat diploma sehingga ijazah sarjana muda.

Saya mendaftar untuk bantuan kewangan ini melalui Jabatan Hal-Ehwal Pelajar TAR UMT.

Kemudiannya, saya telah dipilih untuk proses temuduga di mana saya perlu menjelaskan sebab saya begitu memerlukan bantuan tersebut.

Dan saya amat bersyukur apabila diberitahu permohonan saya telah diluluskan.”

“Pada mulanya, saya teragak-agak untuk memohon dermasiswa ini tetapi saya tidak dapat menanggung kekangan kewangan yang saya hadapi.

Baca lain  Pendidikan inklusif kunci mewujudkan masyarakat lebih adil dan saksama

Merenung kembali, saya berasa lega atas keputusan saya kerana saya dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dan tidak perlu melakukan kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan harian.

Situasi ini banyak membantu pembelajaran saya di universiti,” ujar Kishern.

Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang boleh mendapat manfaat daripada Biasiswa Merit TAR UMT.

Biasiswa ini boleh merangkumi pembayaran yuran pembelajaran sehingga 100% dan akan ditawarkan secara automatik berdasarkan pencapaian akademik pelajar.

Sehingga kini, 62,778 pelajar telah diberikan biasiswa merit dengan jumlah nilai sekurang-kurangnya RM186.5 juta.

TAR UMT juga menawarkan insentif kewangan lain seperti ‘sibling discount’ untuk meringankan beban kewangan ibubapa yang mempunyai dua atau lebih anak yang belajar di TAR UMT.

Di bawah insentif ini, pendaftaran pelajar baru yang mempunyai abang atau kakak yang merupakan pelajar TAR UMT di semester sama yang telah membuat bayaran penuh, boleh mendapat diskaun RM1,000 untuk yuran semester pertama mereka.

Sila kunjungi Hari Terbuka TAR UMT untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai bantuan kewangan TAR UMT dan untuk mendaftar bagi sesi pengambilan 2023.

Hari Terbuka TAR UMT akan diadakan di Kampus Kuala Lumpur dan cawangan TAR UMT di seluruh negara setiap hari dari 8 – 25 Jun 2023 dari jam 10 pagi sehingga 5 petang.

Anda juga boleh menghubungi 011 1087 5854.

Selain itu, anda juga boleh melayari laman sesawang kami di www.tarc.edu.my untuk maklumat lanjut mengenai program-program TAR UMT atau untuk mendaftar atas talian.

BERITA LAIN

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,