ARTIKEL

Larry (kiri) meninjau keadaan rumah panjang Laka Achan di Sebangkoi yang mengalami kejadian tanah runtuh.

Dana PMR RM32,000 bagi Rumah Laka Achan ratakan tanah runtuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Dana RM32,000 diperuntukkan kepada penduduk Rumah Laka Achan Sebangkoi bagi membersih dan meratakan tanah runtuh yang berlaku di belakang rumah panjang berkenaan.

Peruntukan tersebut merupakan agihan dana Projek Mesra Rakyat (PMR) yang telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien.

“Bagi membantu mereka, saya telah memperuntukkan dana tersebut agar kawasan yang berlaku runtuhan tanah dapat dibersih dan diselenggara dengan segera.

“Saya berharap agar runtuhan tanah di kawasan rumah panjang mereka dapat diatasi bagi keselamatan dan keselesaan penduduk,” kata Larry kepada pemberita.

Larry, yang merupakan Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), difahamkan bahawa kejadian runtuhan tanah tersebut berpunca daripada hujan lebat berterusan.

“Hasil maklumat yang disampaikan penduduk, struktur tanah ini menjadi lembut dan seterusnya berlaku runtuhan akibat hujan yang sentiasa turun.

“Pada mulanya, tanah ini runtuh sedikit demi sedikit tetapi akhirnya terdapat runtuhan yang banyak, seterusnya terkena rumah penduduk,” jelas Larry.

Buat masa ini, katanya, keselamatan penduduk menjadi keutamaan dan berharap tanah runtuh tidak berlaku lagi di rumah panjang tersebut.

“Saya berharap penduduk sentiasa dalam keadaan waspada dan sentiasa jaga keselamatan sebab tanah boleh runtuh bila-bila masa.

“Oleh itu, jika berlaku sebarang kejadian bencana seperti tanah runtuh dan banjir, cepat-cepat bertelefon kepada agensi berkaitan untuk mendapatkan bantuan,” tambah Larry.

Runtuhan tanah yang terkena rumah penduduk perlu disenggara segera.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA