Trending

Dana sekolah untuk bantu pelajar kurang bernasib baik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KNIGHTS OF SHS… Anthony Chan (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan.

KUCHING: Dana yang disumbangkan kepada pihak sekolah adalah bertujuan untuk memotivasikan pelajar yang kurang bernasib baik, bukan untuk memanjakan mereka.

Presiden Persatuan Alumni Sekolah Sacred Heart (SHOSA) Yong King Sung berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan susulan menyedari ramai pelajar sekolah berasal dari latar belakang yang sangat sederhana dan kurang bernasib baik.

“Kami menyeru agar semua pelajar yang kurang bernasib baik supaya berani menghadapi apa jua cabaran untuk mengubah kehidupan pada masa akan datang supaya jauh lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas pengagihan bantuan di SMK Sacred Heart, di Sibu baru-baru ini.

Menurutnya, inisiatif ini juga menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan pelajar.

“Jadi saya ingin menepis sebarang tanggapan bahawa dana yang kami keluarkan ini bertujuan untuk memanjakan pelajar tetapi bagi membantu mereka mengubah nasib pada masa hadapan,” tambah Yong lagi.

Sementara itu, Naib presiden SHOSA Anthony Chan berkata, pada Julai 2021, SHOSA Knights telah menggumpul dan menderma RM88,000 dalam tempoh empat hari,” katanya.

Sejak itu, ujarnya di bawah tiga fasa berbeza, lebih RM31,000 telah diagihkan sebagai bantuan kepada 162 pelajar dari kedua-dua sekolah rendah dan menengah Sacred Heart.

Hadir sama Pengetua SMK Sacred Heart, David Teo Wu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru