Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Dana tambahan untuk bina Dewan Komuniti PASBK

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abdul Rahman Zainudin
Abdul Rahman Zainudin

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan dana tambahan bagi menyiapkan Dewan Komuniti Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) yang baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bangunan itu akan menjadi tempat untuk komuniti tempatan menghidupkan kembali budaya Kampung Bandarsah.

“Bangunan itu hampir siap, namun masih memerlukan beberapa penambahan.

“Justeru kerajaan akan menyumbang dana tambahan untuk menyiapkan bangunan ini kerana ia penting untuk dijadikan pusat latihan dalam menghidupkan kecemerlangan budaya di kampung bersejarah ini,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Bandarsah 2022 anjuran Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) di sini, malam tadi.

Sementara Pengerusi PASBK Abdul Rahman Zainudin dalam ucapannya memohon pertimbangan kerajaan untuk tujuan tersebut memandangkan pembinaan semasa sudah mencapai 90 peratus dan dijangka siap Ogos depan.

“Dijangka dewan ini kelak dapat memuatkan lebih 500 jemputan dan dalam masa yang sama memberi manfaat merancakkan lagi semua penganjuran aktiviti, majlis kesenian dan aktiviti berunsurkan ilmiah

“Selain itu juga dewan ini akan digunakan untuk kelas-kelas muzik dan penglibatan penduduk setempat tidak mengira jurang umur dan pangkat adalah amat dialu-alukan,” ujarnya.

 

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang