HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Daniel tetap fokus berlatih hadapi Sukma XX Johor

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
CEKAL BERSEMANGAT...Muhammad Luqman Daniel ketika menjalani latihan.

MESKIPUN melalui situasi berbeza ketika menjalani latihan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan negara dilanda musibah pandemik Covid-19 langsung tidak melemahkan semangat atlet berbasikal Sukma Sarawak, Muhammad Luqman Daniel Mohammad Roji.

Bintang muda yang semakin menyerlah kredibilitinya itu tetap fokus mempersiapkan dirinya untuk menghadapi temasya berprestij negara, Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor yang akan berlangsung tahun depan.

“Latihan berjalan seperti biasa, cuma bezanya ia dijalankan dalam stadium tertutup sepanjang tempoh PKP berbanding sebelum ini di kawasan terbuka,” ujar Daniel kepada Arena Suara Sarawak.

Anak bongsu daripada dua beradik itu mengakui, tiada masalah bagi dirinya melalui semua itu apatah lagi hampir setahun beliau dan rakan-rakan berada di Selangor dalam keadaan latihan yang berpangkalan di negeri terbabit.

Tambah beliau lagi, latihan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan dua kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru