ARTIKEL

DAP pertahan kerusi Parlimen Sibu tiga kali berturut-turut 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

 

TING (tengah) mengucapkan tahniah kepada Ling.

SIBU: Oscar Ling Chai Yew daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sibu buat kali ketiga berturut-turut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau yang mendapat 31,287 undi dalam pertandingan tiga penjuru berjaya menewaskan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Clarence Ting Ing Horh (23,527 undi) dan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh (11,128 undi).

Dengan kemenangan ini, Ling menang dengan majoriti 7,760 undi.

Ketika ditemui pemberita malam tadi, Ling  merakamkan penghargaannya kepada pengundi di Sibu kerana menyokongnya mengekalkan kerusi Parlimen Sibu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sibu kerana memilih saya semula sebagai Ahli Parlimen mereka untuk lima tahun akan datang,” kata beliau.

Tambahnya, peratusan keluar mengundi kali ini lebih ramai berbanding pilihan raya lepas berikutan pendaftaran automatik.

Beliau merasakan bahawa keputusannya sangat rapat dengan GPS dan PSB dalam pertarungan yang mendebarkan itu.

“Nasib baik saya berjaya bertahan kerana kuasa rakyat kerana mereka mahukan perubahan di Malaysia.

“Kita harap selepas ini Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan persekutuan supaya kita boleh melakukan lebih banyak lagi di negara ini untuk memastikan Malaysia dapat bergerak ke arah yang betul,” katanya.

Sementara itu, Ting yang turut hadir ke Pusat Penjumlahan Undi di Kompleks Islam Sibu di sini untuk mengucapkan tahniah kepada Ling.

“Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Saya dengar apa orang Sibu mahu. Malangnya saya tidak menang tetapi saya akur (kalah). Saya datang ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang kami. Saya harap mulai sekarang ahli parlimen kita (Ling) akan membantu memperjuangkan Sibu,” kata Ting.

Sementara itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya P212 Parlimen Sibu Khalid Andong, yang mengumumkan keputusan rasmi pada jam 1.07 pagi berkata, peratusan keluar mengundi bagi kawasan tersebut ialah 63.67 peratus.

Terdapat sebanyak 1,230 undi rosak.

DAP mula merampas kerusi Parlimen Sibu daripada Barisan Nasional (BN) sejak 16 Mei 2010 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu susulan kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Semasa PRK itu calon DAP mendiang Richard Wong Ho Leng berjaya memenangi kerusi itu dan sejak itu kerusi Parlimen Sibu berada di bawah pembangkang.

Pada PRU-13 2013, Ling berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sibu dan berjaya memenanginya semula pada PRU-14 2018.

 

 

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha