ARTIKEL

DAP Sarawak anjur Majlis Makan Malam Kutipan Dana 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bakal menganjurkan Majlis Makan Malam Kutipan Dana 2023 dengan menampilkan enam panel penceramah bagi mengupas isu berhubung landskap politik di Sarawak.

Ketua Pemuda Sosialis (DAPSY) Kuching George Lam berkata, majlis tersebut akan diadakan di Grand Riverine Ballroom di sini, 19 Mac depan.

Katanya, antara enam panel tersebut adalah Timbalan Menteri Perhubungan Persekutuan dan Digital Teo Nie Ching, Menteri Industri dan Pembangunan Korporat Sabah Phoong Jin Zhe, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Mas Gading Mordi Bimol, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii dan Adun Pending Violet Yong.

“Majlis makan malam itu bukan sahaja untuk mengumpul dana, tetapi juga untuk memberitahu rakyat Sarawak khususnya warga Kuching mengetahui landskap politik terkini di Sarawak, Sabah dan di Malaysia.

“Ini kerana kami mempunyai kedua-dua timbalan menteri persekutuan dari Sabah datang ke Kuching untuk berkongsi pengalaman mereka membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat DAP di sini, hari ini.

Dalam pada itu, George menambah makan malam bertemakan “Kita Mesti Ubah”  tersebut juga bertujuan mendedahkan kepada rakyat tentang perancangan masa depan DAP Sarawak dan peranan DAP dalam senario politik semasa.

Sehubungan itu, beliau berkata bagi mereka yang ingin membeli tiket untuk majlis makan malam tersebut boleh berhubung dengannya di talian 01125181872, timbalan pengerusi penganjur Jordan Soo di 0105493568 atau Ibu Pejabat DAP Sarawak di talian 082-335 531.

Pada masa sama, Georga menambah DAP Sarawak juga akan menyertai perarakan anjuran Tokong Hong San Si di Wayang Street di sini 13 Mac depan.

BERITA LAIN

Geran MRP dan Unifor harus digunakan sepenuhnya

PADAWAN: Penerima geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) diingatkan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan yang dipohon. Timbalan Menteri

Rakyat Sarawak ada bakat dalam bidang klinikal

KUCHING: Kerjasama antara syarikat farmaseutikal dan bioteknologi multinasional AstraZeneca dengan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) Hospital Umum Sarawak (HUS) menunjukkan bahawa rakyat tempatan juga memiliki bakat

BERITA TERBARU