Dapat berita dia rentung, doa kami dari kejauhan

MUKAH: Oleh kerana kekangan Covid-19, kami sekeluarga tidak dapat pergi ke Sabah untuk membantu menguruskan jenazah abang saya buat kali terakhir. Jelas adik mangsa, Rosalind Sulong yang kini menetap di Sibu setelah mendapat khabar adiknya meninggal dunia di Kampung Melikai Menumbok Sabah, kelmarin.
“Kami sekeluarga berunding dengan ahli keluarga di Sabah untuk membantu menguruskan jenazah,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak petang kelmarin.
Abang mangsa Adna Sulong yang kini selesai menjalani kuarantin di Bintulu setelah pulang dari Sabah.
Difahamkan adik lelakinya Mohd Ikhmal Abdullah @ Andrew Sulong rentung setelah terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah yang terletak di Kampung Melikai Menumbok Sabah pada jam 5.30 pagi semalam.
Mangsa berasal dari Kampung Tellian di sini meninggalkan seorang balu, dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Untuk tempoh ini, semua ahli keluarga yang berjaya menyelamatkan diri kini menetap bersama-sama kakak mangsa di kampung tersebut.
Dalam kejadian itu, dua rumah musnah sepenuhnya termasuk rumah milik bapa mentuanya.
Bapa mentua mangsa sempat diselamatkan oleh penduduk.
Menurut salah seorang penduduk juga sepupu isteri mangsa Muslim Matragis 55, kebakaran berpunca dari rumah mangsa sebelum merebak ke rumah berdekatan.
“Bagaimanapun punca kejadian kebakaran masih dalam siasatan polis dan kini mayat mangsa ditempatkan ke Hospital Kuala Penyu untuk bedah siasat” katanya lagi.
Jelas Muslim, arwah merupakan seorang yang sangat baik dan peramah.
Mungkin sukar untuk mereka datang namun dia akan terus menghubungi keluarganya dari semasa ke semasa.
Menurut Ketua Zon Bomba Beaufort, Anddre Andrew dalam kejadian 6 pagi tersebut didapati dua rumah berkeluasan 353 meter persegi terbakar dan musnah sepenuhnya
Menurutnya, sebaik sahaja api berjaya dipadamkan sepenuhnya, pasukan menemui mayat mangsa dalam keadaan rentung di bahagian dapur rumah.
“Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.