
KUCHING: Persatuan Patriot Sarawak (SPA) berharap agar Kerajaan Sarawak dapat mengembalikan semula semua hak dan keistimewaan negeri ini yang terhakis, tahun ini.
Pengerusinya Datuk John Lau Pang Heng berkata, perkara tersebut penting kerana ia mampu membantu
negeri ini untuk terus berkembang maju tidak kira dari segi ekonomi sekali gus mempunyai pendapatan
yang kukuh.
“Kita terus menyokong pemimpin untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan yang tehakis sebelum
ini.
“Justeru, diharapkan agar 2022 ini Dapatkan hak tahun ini menjadi tahun kita dapat menebus atau mengembalikan semua hak dan keistimewaan tersebut kepada negeri ini,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, mereka juga barharap agar Sarawak bukan sahaja dapat menawarkan kemudahan pendidikan
dan perubatan kepada warga asing malah negeri ini juga boleh mempunyai hab perubatan pakar sendiri.
“Justeru, kita tidak perlu ke tempat lain untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit kritikal. Dan, kita juga
boleh menarik minat negara jiran untuk mendapatkan perubatan di Sarawak,” tegasnya.
Mengenai Hari Sarawak, beliau memaklumkan agar negeri ini terus makmur dan selamat supaya rakyat
berpeluang untuk mencipta lebih banyak kejayaan termasuk dalam bidang perniagaan atau kerjaya yang diceburi.
“Besar harapan kami agar kesedaran Hari Sarawak dapat disebarluaskan dan baik sekiranya dipupuk dari peringkat sekolah.
“Pada Hari Sarawak 2022, ahli SPA juga ingin mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada semua rakyat
negeri ini,” ujarnya.
Mantan Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengisytiharkan tanggal 22 Julai sebagai cuti umum mulai 2016.
Menurutnya, tarikh tersebut dipilih sempena kemerdekaan Sarawak daripada penjajahan British sekali gus untuk
mengingati jasa dan pengorbanan pemimpin serta pejuang