ARTIKEL

Dapatkan baju raya percuma di Ummah Distribution Centre

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Masyarakat Sibu yang memerlukan dipelawa mendapatkan baju raya percuma di Ummah Distribution Centre (UDC) sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2024.

Jurucakap Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) berkata, pemberian pakaian secara percuma itu dilaksanakan di bawah Projek Infak Baju Raya Al Bait bertujuan berkongsi kegembiraan dengan golongan memerlukan menjelang Hari Raya.

Menurutnya, program itu adalah untuk menyemai budaya suka menyumbang dalam kalangan masyarakat kepada golongan memerlukan.

“Projek ini dilaksanakan sejak Ramadan 2023 di Kuching dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat di bandar raya Kuching, dan di luar Kuching.

“Pakaian ini dikumpulkan daripada sekitar 400 penyumbang yang terdiri daripada orang awam dari sekitar bandar raya Kuching,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, susulan sambutan baik dalam kalangan masyarakat, projek tersebut diperluaskan di bahagian lain di Sarawak termasuk di Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Mukah, Bintulu dan Miri di bawah program luar Ramadan.

Bacaan lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU