ARTIKEL

Dapur bersih idaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DAPUR merupakan bahagian paling penting di dalam rumah terutamanya untuk ibu.

Kawasan dapur boleh menjadi tidak selesa jika kita mengabaikan faktor kebersihan ketika memasak atau menyimpan stok makanan.

Dapur bersih harus dijadikan keutamaan ketika mengemas rumah untuk mendatangkan mood memasak.

Justeru, terdapat beberapa tip untuk memastikan dapur sentiada bersih dan dalam keadaan kemas.

PERKAKAS DAPUR

Membersih peralatan dapur sememangnya leceh, namun ia harus dilakukan sejurus selepas memasak atau selepas makan.

Membiarkan peralatan dapur di singki boleh mengundang serangga atau vektor.

Cuba ubah perspektif mencuci pinggan sebagai leceh dan memakan masa.

Tetapkan pemasa sebelum mula mencuci dan nilai sendiri tempoh masa yang diambil.

Sekiranya dilakukan, anda akan menyedari bahawa ia hanya memakan masa beberapa minit.

Pastikan peralatan anda tidak terlalu banyak tetapi lengkap. Lambakan barangan dapur menyebabkan kawasan dapur tidak rapi.

Buang bekas yang tidak digunakan untuk memastikan ruangan tidak terlalu sempit.

Bagi peralatan memasak seperti periuk atau kuali yang kehitaman, guna serbuk penaik dan tuang dengan air mendidih di kawasan tersebut.

Baca lain  Pentaksiran jolistik lahir generasi cemerlang

Sental kawasan hitam kuali atau periuk dengan air yang dicampurkan dengan serbuk penaik.

Sekiranya periuk atau kuali terlalu “uzur” sehingga sukar dibersihkan, pertimbangkan untuk dibuang dan beli baharu.

Pastikan peralatan dapur logam antikarat atau tahan karat.

LAP PERMUKAAN DAPUR

Pastikan anda lap permukaan di kawasan dapur selepas memasak dan pada setiap minggu.

Meja makan, peti sejuk dan sekitar kawasan memasak terdedah dengan kotoran daripada bahan masakan seperti tumpahan minyak.

Jadikan lap kawasan dapur sebagai rutin mingguan agar dapur sentiasa bersih dan tidak terlalu sukar untuk dibersihkan — sekiranya kotoran dibiar terlalu lama.

Gunakan bahan pencuci agar bersih daripada bakteria yang mengundang bau.

SINGKI BERSIH

Selain tempat memasak, singki juga kawasan utama yang harus kerap dibersihkan.

Singki terdedah dengan bakteria kerana menjadi tempat untuk membersih makanan dan membuang sisa kecil.

Justeru, ia terdedah dengan pencemaran bau dan menjadi lebih teruk sekiranya tersumbat.

Sediakan span khas untuk membersih singki setiap minggu.

Patikan anda tidak membuang sisa makanan atau lebihan minyak masak ke dalam singki untuk mengelak ia tersumbat.

Baca lain  Merpati mutan miliki kaki terpanjang

SALURAN UDARA DAPUR

Untuk memastikan kualiti kebersihan dapur, saluran pengudaraan juga memainkan peranan penting.

Pastikan kawasan dapur dekat dengan tingkap agar bau tidak terperangkap di dalam rumah.

Sekiranya berkemampuan, pasang alat penyedut asap di dapur untuk memastikan asap dan bau masakan tidak tersebar ke kawasan lain di dalam rumah.

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

Bentuk peribadi anak

MEMILIKI cahaya mata menjadi impian setiap pasangan berkahwin. Namun, memiliki anak bukanlah perkara mudah kerana ia merupakan tanggungjawab besar dan salah satunya ialah mendidik mereka.

BERITA TERBARU

Sarawak nyadi pengeluar besai lada ba Malaysia

MINDY VELARIE CASILYSuarasarawak.news@gmail.com SERIAN: Sarawak dirikod ngeluarka 31,994 tan metrik lada ba taun 2023. Sapit Menteri Industri Pemakai, Komoditi, enggau Pemansang Wilayah (M-FICORD), Datuk Martin

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,