Dari desa kecil ke bandar besar

SEBUAH pekan kecil berdindingkan kayu berlian dan beratapkan zink suatu ketika dahulu kini membangun dan berkembang menjadi sebuah bandar yang sentiasa sesak dengan kehadiran orang ramai terutamanya pada hujung minggu.

Bandar Bau atau nama gelaran Bandar Emas merupakan kawasan tumpuan bagi aktiviti perlombongan emas yang bermula pada tahun 1820 yang diusahakan oleh kaum Cina dahulu pernah melombong emas dari Sambas, Indonesia serta masyarakat tempatan iaitu kaum Bidayuh dan Melayu.

Seluruh Daerah Bau merupakan kawasan lapangan emas dan antara kawasan perlombongan emas yang terkenal ialah Tasik Biru atau dikenali sebagai Tai Parit (Parit Besar) yang diusahakan oleh Borneo Company milik keluarga Brooke.

Satu sambutan bagi memperingati sejarah 200 tahun aktiviti perlombongan emas akan diadakan di Daerah ini disamping perancangan masa akan datang di bawah pelan pembangunan Daerah Bau 2016- 2030 untuk membina muzium taman lombong emas untuk dijadikan sebagai kawasan tumpuan pelancong dan memberi maklumat mengenai sejarah perlombongan di sini.

RM1.5 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Sarawak untuk menjalankan kajian yang memakan masa dua ke tiga bulan untuk membina muzium dan taman lombong emas itu di Bau.

Mengenai sejarah Bau dan aktiviti perlombongan emas, menurut Pengarah Insitut Penyelidikan Sehati, Dr Voon Jan Cham, sebelum kedatangan pelombong emas ke daerah ini dan mewujudkan penempatan baharu daripada komuniti Cina dan masyarakat Melayu sebelum berkembang pesat.

Terutamanya di Lidah Tanah apabila Datuk Patinggi Ali menjadikan kawasan tersebut sebagai ibu kota.

Kaum Bidayuh yang lama menetap di situ selama beberapa ratus tahun bersama-sama Orang Kaya Pemanca Panglima Kulow.

Kajian sejarah juga membuktikan, kegiatan perlombongan emas di daerah ini menyatukan ketigatiga kaum ini secara ekonomi dan mendorongkan kepada kepelbagaian budaya sejak 200 tahun lalu.

Sejak 1820, penempatan lombong emas di Bau melalui lima fasa pembentukan dan transformasi.

Pertamanya pada 1820 hingga 1920 – menyaksikan jatuh bangun era perlombongan emas di Bau. Pada ketika itu, semangat nasionalisme kepelbagaian etnik telah tercipta dan kepelbagaian budaya mula berakar.

Kaum utama iaitu Bidayuh, Melayu dan Cina berkongsi kehidupan dan mengambil bahagian dalam perjuangan untuk kebebasan dan kemakmuran ekonomi.

Pada pembentangan Simposium Sejarah 200 Tahun perlombongan emas di Bau pada 15 Disember lalu.

Kemasukan pelombong Cina meningkatkan aktiviti perlombongan emas sementara merkuri dan antimoni merupakan eksport penting yang memberi manfaat kepada Sarawak.

Di bawah pemerintahan Brooke, lebih banyak lombong emas dibuka di Daerah Bau dan dimodenkan sehingga waktu kemuncaknya sekitar tahun 1920-an.

Peneroka Cina pada ketika itu datang dan bekerja di lombong emas kecil sementara minyak beransur-ansur mengambil alih sebagai bahan eksport utama walaupun selepas kejadian penentangan oleh pelombong Cina pada tahun 1857.

Selepas zaman kemelesetan (1929-1939) emas menjadi eksport paling penting dari Bau dan memberi manfaat kepada Brooke dan rakyat Sarawak.

Manakala pada tahun berikutnya, menyaksikan kemajuan kecil sehingga mula emas berkurangan pada 1946 di bawah koloni British.

Fasa kedua terakhir berlaku apabila pembentukan Malaysia merangkumi satu abad menyaksikan emas menjadi pengeluaran kurang penting dari penempatan tersebut.

Emas digantikan dengan minyak yang diperoleh dari kawasan lain sementara mineral lain di Bau kekal penting.

Sejarah penempatan Bau memasuki keadaan kontroversi kerana peranan nasionalis dan pembangunan ekonomi menjadi isu kritikal dalam pembentukan negara.

Ekopelancongan juga semakin berkembang dengan peninggalan warisan sejarah seperti laluan emas, lombong emas, lintasan dan banyak pemandangan semula jadi seperti gua yang berkembang menjadi produk pelancongan.