Mempunyai semangat yang mendalam dalam bidang fotografi, Chin Mick Long, 42, menjadikan hobinya itu sebagai satu perniagaan.
Pemilik Micklong Bridal Studio itu memberitahu Suara Sarawak, dia tidak mempunyai sebarang sijil kemahiran dalam bidang fotografi tetapi menimba ilmu berkenaan daripada YouTube atau belajar sendiri membuat suntingan.
“Ramai rakan-rakan meminta saya merakam gambar mereka. “Bermula dari situ, saya berkecimpung dalam dunia fotografi sebagai jurugambar bebas sebelum membuka perniagaan sendiri,” katanya.
Bapa kepada seorang anak yang berasal dari Kuching ini menambah, langkah pertamanya ialah membuka kedai penggambaran di Jalan Tun Jugah pada 2010 sebelum berpindah ke kedai terkini di Jalan Batu 3 1/2, Jalan Penrissen Kuching tahun lalu.
Mempunyai tiga bilik studio dengan konsep Korea, moden dan antik, Mick Long sentiasa teruja apabila merakam momen romantik pasangan atau keluarga. “Dua lagi studio saya belum siap akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia berkonsepkan penggambaran di luar.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mei 2021