PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Dari SMK Green Road ke Universiti Harvard

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TAHINAH... Dari kiri ≠≠Ishant Shah, Lee Ee Jenn, Carisma Michaela Wong, Chooi Je Qin, Herman Leong Xin Yang dan Alyssa Yap Xin Yi.
TAHINAH… Dari kiri ≠≠Ishant Shah, Lee Ee Jenn, Carisma Michaela Wong, Chooi Je Qin, Herman Leong Xin Yang dan Alyssa Yap Xin Yi.

KUCHING: Tahniah kepada enam Malaysia kerana terpilih daripada 61,220 pelajar dari seluruh dunia yang memohon kemasukan ke universiti terhebat dunia, Universiti Harvard bagi sesi 2026.

Lebih membanggakan, salah seorangnya ialah anak Sarawak, bekas pelajar SMK Green Road Kuching yang mengikuti pengajian A Level di Maktab Rendah Anglo-Chinese (ACJC), Singapura – Alyssa Yap Xin Yi.

Manakala lima yang lain Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Chooi Je Qin dari Johor, Carisma Michaela Wong dari Sabah dan Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada anak muda Malaysia yang diterima sebagai pelajar Harvard – universiti yang berprestij terutamanya kepada anak Sarawak, Alyssa Yap.

Alyssa Yap

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, kejayaan Alyssa menjadi inspirasi kepada anak muda di negeri ini.

“Tidak kira dari mana kita berasal, serahkan hati kita kepada apa-apa juga yang kita lakukan sehingga kita mencapai kejayaan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii menzahirkan ucapan tahniah kepada Alyssa atas kejayaan menjadi pelajar negeri ini yang cukup membanggakan Sarawak.

Melalui satu hantaran di Facebook, Kelvin berkata, beliau mendoakan yang terbaik untuk Alyssa dalam memulakan kehidupan di Harvard.

“Alyssa kelahiran Sarawak ialah rakyat Malaysia keenam yang akan menyertai Harvard 2026.

“Tidak seperti lima yang lain, temu duga Alyssa tidak dijalankan di Malaysia. Dia menjalani temu duga di Singapura.

“Anak jati Sarawak itu pernah belajar di SMK Green Road di Kuching. Alyssa kemudiannya mengikuti pengajian A Level di Maktab Rendah Anglo-Chinese, Singapura.

“Pada masa ini, dia sedang menjalani latihan industri sebelum meneruskan cabarannya di Harvard pada 2026,” katanya lagi.

Pada Selasa, diumumkan lima rakyat Malaysia diterima oleh Universiti Harvard dan menjadi satu rekod bersejarah kerana sebelum ini tidak mudah untuk melangkah masuk ke universiti itu.

Alysssa pula menjadi rakyat Malaysia keenam yang terpilih.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap kejayaan enam pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Harvard sebagai satu pencapaian membanggakan buat negara.

Perdana Menteri mendoakan agar mereka beroleh kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

Sementara itu salah seorang alumni penemu duga Universiti Harvard untuk Malaysia, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob berkata, ia merupakan rekod tertinggi kemasukan ke universiti tersebut berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, pencapaian itu amat membanggakan kerana sebelum ini, maksimum hanya dua pelajar atau tiada langsung yang diterima masuk.

Manakala bagi kemasukan 2024 sahaja, hanya 4.9 peratus daripada 40,248 bilangan keseluruhan permohonan dari seluruh dunia diterima masuk.

Malah, daripada jumlah yang diterima itu, hanya 10.8 peratus sahaja pelajar antarabangsa yang terpilih termasuklah Malaysia.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

29 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan