ARTIKEL

Dari S’wak PMX ke New York

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEMINGGU lalu, 16 September, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) berada di Kuching sempena sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023.

Di Wisma Bapa Malaysia, Kerajaan Perpaduan “merendah diri” mendengar taklimat 30 minit pembangunan Sarawak disampaikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Johari Tun Openg berkaitan ekonomi baharu; hidrogen tenaga hijau, karbon dan digital.

Abang Johari memaklumkan KDNK Sarawak tumbuh 20 kali ganda pada 2022 berbanding 60 tahun lalu, aspirasi yang menyuntik Abang Johari terus bekerja keras.

Sementara, di pentas Bumi Kenyalang, buat julung kalinya, PMX sempat mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, sebagai ruang serta platform diskusi isu negara berkaitan kementerian masing-masing.

Pada malam, PMX dan jemaah menteri termasuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menghadiri sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Perpaduan Kuching bersama-sama ribuan rakyat pelbagai lapisan masyarakat, penuh harmoni dan patriotik.

Hari Malaysia bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” sesuai dengan semangat “Segulai Sejalai”, PMX bercakap persoalan perpaduan jadi sandaran bagi pemulihan ekonomi negara.

Sambutan Hari Malaysia kali ini menjadi ingatan rakyat Sarawak dan Sabah, selepas beberapa hari sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta keluarga baginda menyelesaikan misi Kembara Kenali Borneo pada 3 hingga 13 September.

Rakyat Sarawak dan Sabah masih belum kebah demam mengenang baginda dan keluarga diraja sedia mencemar duli mengenali “kehidupan rakyat” di sini sepanjang tempoh 10 hari.

Sesungguhnya, Agong lambang ketua bagi Sarawak dan Sabah serta simbol perpaduan melengkapi tema sambutan perpaduan dalam makna

“Segulai Sejalai” pada sambutan Hari Malaysia yang istimewa kali ini.

Selesai di Sarawak, esoknya, PMX terbang ke Nanning menghadiri Ekspo China-Asean (Caexpo) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-Asean (Cabis).

KEBERSAMAAN

Berucap pada Majlis Perasmian Caexpo dan Cabis, PMX Anwar menyebut pentingnya kebersamaan Asean-China terus fokus kepada aspek keamanan dan kestabilan, selain perdagangan ketika berdepan cabaran pascapandemik dan perubahan geopolitik dunia merentasi Asia Pasifik, Afrika, Eropah Timur dan Eropah Tengah.

Anwar turut mengunjungi syarikat gergasi, China Communications Construction Group (CCCC) dan Huawei.

Sementara, berlangsung sempena lawatan tersebut juga, tiga perjanjian antara syarikat perniagaan yang dimeterai melibatkan nilai pelaburan hampir RM20 bilion melibatkan loji janakuasa teknologi waste to energy serta kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit.

Terus bekerja kuat, PMX bergegas ke New York, AS menghadiri Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-78 menyampaikan kenyataan negara pada sesi Debat Umum, 22 September.

Berucap di ibu pejabat PBB, pada UNGA, Anwar turut berkongsi usaha negara menangani krisis iklim dalam mencapai Agenda 2030 serta pelan hala tuju negara bawah Malaysia Madani.

Beliau turut bercakap isu pembaharuan ke arah keamanan dan kesejahteraan, mendepani dilema ‘defisit demokrasi’ yang melanda dunia.

Tentunya beliau tidak pernah melupakan isu perpaduan umat manusia seantero dunia.

Malaysia juga menzahirkan kebimbangan dengan kemunculan bentuk rasisme baharu yang dicirikan oleh xenofobia, pemprofilan negatif dan stereotaip, termasuk Islamofobia menyentuh isu membakar al-Quran.

PMX turut menyentuh isu Palestin, perang Rusia-Ukraine, Afghanistan dan Myanmar.

Menyebut krisis Iklim, Malaysia meminta negara maju memenuhi komitmen menyumbang AS$100 bilion setahun membantu negara membangun menangani perubahan iklim.

PMX turut menyentuh soal ekonomi global yang dibelenggu ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan, kenaikan harga komoditi dan keadaan kewangan yang mencabar.

KERJASAMA DUA HALA

Manakala, di celah-celah UNGA, PMX Anwar sempat berjumpa Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Turkish House dengan kedua-dua negara sepakat mengganda usaha membendung sentimen Islamophobia, selain membincangkan keperluan meningkatkan kerjasama dua hala.

PMX turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi, memperkukuh hubungan Malaysia-Iran, mengeratkan kerjasama ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi.

PMX juga berjumpa Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dengan kedua-dua pihak bersetuju bekerjasama dalam pelbagai sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan budaya serta pembangunan sumber manusia.

Menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin, pertemuan tersebut mengukuhkan kerjasama sedia ada, selain meningkatkan hubungan berterusan.

Bertemu Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia’ Al Sudani, kduadua pihak bersetuju menghidupkan semula Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Ke-9 antara MalaysiaIraq yang tertangguh, selain Kuala Lumpur sedia membuka semula Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad selepas ditutup dua dekad.

PMX juga sempat bertemu Duta Khas Presiden AS, John Kerry, bercakap berkaitan isu perubahan iklim, alam sekitar dan tenaga boleh diperbaharui.

Masih di New York, PMX bersama delegasi berjalan kaki dari tempat penginapan ke Harvard Club mengadakan pertemuan dan interaksi bersama-sama 15 syarikat terkemuka AS yang tersenarai dalam Fortune 500; antaranya Airbnb, Amazon, AWS, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark.

PMX berkongsi Kerangka Ekonomi Madani yang disokong Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang menjadi panduan mencapai matlamat pembangunan negara.

Delegasi PMX turut bertemu lebih 200 delegasi di Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia bersama Bank of America, CIMB, HSBC, Maybank dan Standard Chartered.

BASMI KEMISKINAN Usaha menarik pelabur ke Malaysia diteruskan melalui pertemuan dengan Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers.

Kesemua syarikat ini berhasrat mengembangkan operasi dan perniagaan di Malaysia.

PMX turut mengadakan perjumpaan bersama-sama ahli ekonomi pemenang Anugerah Peringatan Nobel Profesor Joseph Stiglitz dari Universiti Columbia berbincang langkah dan strategi meningkatkan pendapatan dan membasmi kemiskinan serta melestari kemampanan. AS rakan dagang Malaysia ketiga terbesar sejak 2015.

Manakala, dari segi pelaburan dalam sektor pembuatan, Malaysia menerima pelaburan masuk langsung (FDI) dari AS sejak Januari hingga Jun 2023 bernilai RM1.84 bilion dan pelaburan ini menyumbang 1,558 peluang pekerjaan.

Sangat bermakna apabila PMX pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan Khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York.

Tampaknya, setiap detik adalah masa untuk PMX Anwar bekerja dan beliau seperti mahu mencapai impiannya yang tertangguh sekian waktu – ketika dunia baru sahaja melepaskan diri daripada ujian pandemik COVID-19.

Pada masa yang sama bukan sahaja Malaysia, bahkan seluruh global bertungkus-lumus keluar daripada krisis ekonomi sebagaimana ramalan PBB tiga tahun lepas, bahawa dunia berdepan kecemasan global yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan andaian 345 juta penduduk dunia terhumban dalam kancah kebuluran!

Dari Kuching, Sarawak hingga ke New York, AS, selain bercakap isu ekonomi, PMX Anwar terus bersemangat bercakap isu perpaduan dan keharmonian manusia sejagat!

LAIN-LAIN BERITA

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

Kenapa perlu belanja lebih?

KETIKA melayari media sosial seperti Facebook, hampir setiap rakan alam maya atau netizen berkongsi mengenai bebanan hidup yang dialami disebabkan kenaikan harga barangan keperluan. Kos

Idam gelaran dunia

PETINJU profesional kebanggaan Sarawak, Dealoniel Mcdelon Bong, 25, bakal melangkah setapak lagi selepas mengharungi pertarungan “Path To Glory” Sabtu ini (17 Februari), menentang petinju Bangladesh,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian