SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Dasar berkhidmat kepada rakyat, terus laksana pembangunan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Langkah Kerajaan Sarawak meneruskan pelaksanaan projek pembangunan yang dibiayainya mencerminkan dasar berkhidmat kepada rakyat dan memartabatkan masyarakat.

Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman berkata, usaha tersebut adalah demi pertumbuhan dan pembangunan modal insan negeri ini walaupun Kerajaan Persekutuan melaksanakan langkah penjimatan.

“Ia juga menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan kawasan kurang membangun di negeri ini untuk berkhidmat kepada rakyat dan memartabatkan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adun Tupong itu berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa Kerajaan Sarawak akan terus melaksanakan projek pembangunan yang dirancangnya menggunakan peruntukan sendiri.

Tegasnya, bukan lagi rahsia bahawa negeri ini memerlukan pembangunan yang perlu disegerakan terutamanya dari segi infrastruktur, kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air terawat yang berterusan dan juga pembangunan infrastruktur digital.

“Dengan projek pembangunan yang berterusan, ia juga akan meningkatkan sosioekonomi masyarakat luar bandar dengan infrastruktur dan ketersambungan yang mencukupi, pelbagai kesan limpahan positif akan berlaku.

Baca lain  Centexs komited bantu usahawan tempatan promosi produk

“Salah satunya ialah pertumbuhan dari segi pembangunan modal insan di negeri ini,” tambahnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru