Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Dasar ekonomi digital pacu Sarawak capai status negeri maju 2030 – Abang Johari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Johari dalam Program Steadey sempena Hari Sarawak secara langsung di TV Okey, pada Khamis.

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang pembangunan strategik yang berpandangan jauh dengan pendekatan ekonomi digital bagi membolehkan status negeri maju berjaya dicapai menjelang 2030.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, zaman kini yang berteraskan penggunaan teknologi memberi peluang kepada Sarawak untuk menjadi pemain dalam pembangunan negeri, negara dan global.

“Ketika saya mengambil alih kepimpinan kerajaan, saya mempunyai impian untuk pembangunan negeri ini sealiran dengan perkembangan zaman.

“Dalam masa yang sama mempunyai tenaga kerja mahir selari dengan dasar ekonomi digital yang mampu melonjakkan pembangunan negeri.

“Malah dasar ini bukan hanya tertumpu di kawasan bandar, ia termasuk membangunkan kawasan luar bandar,” katanya dalam temu bual Program Steadey sempena Hari Sarawak secara langsung di TV Okey, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata aspirasi untuk mencapai status negeri maju menjelang 2030 adalah adalah untuk keselesaan rakyat negeri ini.

“Perkara yang saya laksanakan adalah yang dapat saya disumbangkan. Apa yang penting adalah kita meneruskan usaha menjaga dan membangunkan Sarawak seperti ketika bermulanya kita mentadbir sendiri pada tarikh keramat 22 Julai 1963.

“Harapan saya adalah supaya negeri kita terus aman, makmur dan rakyat hidup senang dalam menempuh kehidupan akan datang,” katanya.
.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News