ARTIKEL

Dasar gaji progresif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan dasar gaji minimum dan dasar gaji progresif adalah bertepatan kerana berupaya membantu membangunkan ekonomi sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat, kata penganalisis ekonomi UniKL Business School Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid.

Beliau berkata, ini berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) terus meningkat dan terdapat keperluan untuk kerajaan melaksanakan dasar tersebut.

“IHP, inflasi meningkat, dari dulu kita sehingga lima ke enam peratus. Kalau tidak ada subsidi pukal daripada kerajaan… saya ingat dulu Tokpa (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed) pernah memaklumkan kita mungkin mencecah (inflasi) 11 peratus.

“Dengan subsidi yang pelbagai ini, kita harus peka dengan apa yang berlaku dan bukan hanya sebelah pihak sahaja kita ingin bantu dari segi kuasa beli, malah pada masa sama kita perlu meningkatkan secara progresif gaji itu sendiri,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Pengukuhan MADANI, Pemerkasaan Ekonomi’ terbitan Bernama TV semalam.

Beliau berkata sekiranya dasar tersebut tidak dilaksanakan, ini akan menjejaskan kuasa beli pengguna.

“Sebagai contoh, harga kereta atau rumah dalam tempoh berpuluh tahun lepas adalah berbeza.

Semasa saya mula bekerja 30 tahun lepas, harga kereta baharu hanya RM30,000 tetapi kini jauh lebih daripada itu.

“Nak beli Perodua Myvi sekitar RM60,000. Gaji permulaan siswazah baharu adalah RM3,000, tetapi pada 1993 semasa saya bekerja sudah RM2,000.

Tidak boleh dalam masa 30 tahun selepas itu, gaji masih seperti itu,” katanya.

Sehubungan itu, Aimi Zulhazmi berkata, kerajaan perlu melihat aspek untuk mengimbangi kenaikan gaji dan pada masa sama tidak memberikan tekanan, terutamanya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Kita harus faham kedudukan PMKS sangat kritikal dalam ekonomi kita.

Kenapa? Ini bukan kerana 90 peratus daripada entiti perniagaan di Malaysia adalah PMKS, tetapi kerana mereka menjadi majikan kepada hampir 60 peratus daripada 16 juta tenaga kerja di Malaysia.

“Oleh itu, apabila PMKS yang tertekan, bagaimana PMKS yang menyumbangkan hampir 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar akan dapat berkembang?” katanya.

Menurut Aimi Zulhazmi, bagi melaksanakan sesuatu dasar seperti dasar gaji progresif, kerajaan tidak boleh mengambil masa terlalu lama.

“Memang ada syarikat kecil akan berkata bagaimana kami bendak bekerjasama dan pada masa sama tidak boleh menaikkan harga barang.

Firma kewangan kecil bumiputera dengan pekerja sekitar 10 atau 20 orang, bagaimana mereka ingin mencapainya, misalnya tanpa menaikkan kos pengauditan. Itu yang kita perlu faham.

“Contohnya kerajaan perlu melihat dari segi aspek pengurangan cukai dan pengurangan insentif berganda bagi memajukan PMKS supaya dapat memberikan gaji lebih kepada pekerja serta membenarkan penambahan bayaran kepada pelanggan,” katanya. – Bernama

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

BERITA TERBARU

Bahasa itu senjata, kata adalah peluru

LEGENDA perang dunia, Napoleon Bonarparte yang juga Maharaja Perancis dan Raja Itali sentiasa berpegang kepada kata-kata keramatnya; “Mata pena lebih tajam daripada 1,000 mata pedang.”

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud