ARTIKEL

Dasar Karbon Kebangsaan dilaksana tahun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dasar Karbon Kebangsaan yang bertujuan menyediakan panduan, seterusnya membantu usaha perdagangan karbon di peringkat negeri dijangka siap untuk dilaksanakan tahun ini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini membentangkan status terkini dasar serta memperinci skop perundangan yang perlu dilaksanakan di bawah kerangka dasar berkenaan.

“Fungsi di peringkat Persekutuan sebagai pemudah cara (bagi aktiviti perdagangan karbon) di negeri terlibat, jadi kita sediakan dasar tersebut tahun ini… dan asasnya dibentangkan dalam mesyuarat MyCAC,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, baru-baru ini.

Jelasnya, berdasarkan hasil perbincangan dalam mesyuarat berkenaan nanti, kerajaan turut meneliti keperluan penguatkuasaan undang-undang bagi aspek kawal selia dan pengewangan perniagaan karbon.

Justeru, kementeriannya giat mengadakan perbincangan berkaitan perdagangan karbon bersama Kerajaan Negeri memandangkan hal berkaitan tanah bagi penyimpanan karbon adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Mengiringi Sarawak, Sabah pada Ogos turut menyatakan hasrat yang sama.

Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Sabah masih dalam proses memperinci pelaksanaan projek perdagangan kredit karbon di negeri itu.

Pada 30 Jun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan sedang memperinci cadangan untuk meletak aktiviti perniagaan karbon di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata buat masa ini, segala isu berkaitan dengan karbon berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

BERITA LAIN

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

Erat silaturahim masyarakat Jawa Sarawak

MAJLIS Malam Jalinan Silaturahim Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak disambut meriah di Dewan Sri Lestari Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo. Bermula jam 8.00 malam, majlis

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)