ARTIKEL

Dasar komprehensif diperlukan untuk mendepani cabaran mendatang – Kelvin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii

KUCHING: Negara memerlukan dasar yang komprehensif, mantap, progresif dan reformasi sistemik, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii.

Ia bagi menangani cabaran sebenar yang dihadapi oleh rakyat dalam mendepani isu ekonomi, kos sara hidup, kesihatan dan sebagainya.

“Sekali gus, dapat melakar hala tuju yang betul untuk negara dalam jangka masa yang panjang,” katanya ringkas menerusi kenyataan yang dimuat naik di media sosial miliknya, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik baru-baru ini dalam Kerajaan Perpaduan.

“Pada masa sama, saya juga akan terus memainkan peranan dan berkhidmat untuk rakyat dan negara tercinta sebaik mungkin, dan mewakili suara Bandar Kucing di Parlimen,” ujarnya.

Terdahulu, Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik enam Ahli Parlimen dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menjawat jawatan sebagai timbalan menteri di peringkat persekutuan.

Ia daripada jumlah keseluruhan 27 Ahli Parlimen yang turut dilantik sebagai timbalan menteri terdiri daripada parti Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (WARISAN) dan lain-lain.

Pada masa sama, seramai lima orang Ahli Parlimen GPS turut diberikan portfolio menggalas tanggungjawab sebagai menteri penuh dan satu jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta