ARTIKEL

Dasar pengecualian visa China mudahkan perjalanan dari enam negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BEIJING: Kira-kira 214,000 pelawat dari Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol dan Malaysia memasuki China pada Disember 2023, meningkat 28.5 peratus berbanding November, lapor Xinhua memetik kenyataan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA).

Dasar pengecualian visa unilateral China untuk pemegang pasport biasa dari enam negara yang berkuat kuasa pada 1 Dis, memudahkan perjalanan masuk ke negara itu.

Daripada jumlah itu, 118,000 membabitkan pemegang pasport biasa tanpa visa atau 55.1 peratus daripada semua perjalanan masuk dari enam negara dalam tempoh itu. Kira-kira 91,000 kemasukan tanpa visa dibuat untuk perjalanan dan perniagaan.

Hasil daripada dasar pengecualian visa ini, pelabuhan di bandar Nanning di selatan China, menerima ramai pelancong dengan data menunjukkan 121 kumpulan membabitkan hampir 2,800 orang memasuki China melalui pelabuhan di Nanning pada Disember.

Sejak bermulanya dasar pengecualian visa, pelabuhan di Beijing turut menyaksikan lebih 12,000 kemasukan dari negara yang berkaitan menjelang 31 Dis.

NIA menawarkan dasar pengurusan keluar masuk yang lebih optimum untuk warga asing bagi memudahkan urusan perniagaan, pengajian, pekerjaan serta kehidupan pengunjung di China. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan