ARTIKEL

Ketua Whip DUN Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Ibrahim Baki | Foto: Ramidi Subari

Dasar tenaga boleh diperbaharui hasil visi Almarhum Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Inisiatif Sarawak dalam polisi dasar tenaga boleh diperbaharui adalah hasil daripada visi jauh Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang memulakan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), 16 tahun lalu.

Ketua Whip DUN Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Ibrahim Baki berkata, Score memberikan asas kepada pelan ekonomi dan pembangunan masa depan Sarawak yang mana komponennya menjadi sebahagian daripada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

Melalui SCORE, katanya kawasan tengah Sarawak menyaksikan peningkatan pelaburan dan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi serta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

“Malah, inisiatif ini juga memberi manfaat termasuk penubuhan tiga agensi di bawah RECODA – iaitu Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA), Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

“Agensi-agensi ini telah terbukti berjaya menyebabkan beberapa agensi pembangunan lain telah ditubuhkan untuk kawasan Samarahan, Greater Kuching, Sri Aman, Betong, Rajang Delta dan di Kawasan Rascom,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan kepada Mantan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, pada persidangan DUN Sarawak, hari ini.

Beliau mendedahkan inisiatif tenaga boleh diperbaharui adalah warisan Almarhum itu, kini diteruskan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas ADUN Satok itu, kepimpinan Premier pada masa ini disaksikan dengan mempelopori ekonomi hijau Sarawak dengan penekanan kepada hidrogen, solar, empangan lata dan biojisim.

Sementara itu kata Ibrahim, Almarhum sebagai anak Sarawak juga telah dibesarkan dalam komuniti yang terdiri daripada pelbagai warna dan kepercayaan.

“Ini membentuk pandangan sederhana Almarhum tentang agama, memperjuangkan toleransi dan saling hormat-menghormati di kalangan rakyat di Sarawak di mana perpaduan adalah menjadi keutamaan.

“Atas prinsip inilah Almarhum ditawarkan untuk menerajui Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sebagai pengerusi, mengambil alih daripada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri kita yang pertama.

“Tun Pehin Sri juga menerajui Majlis Dakwah Islam Serantau Asia Tenggara & Pasifik (RISEAP), sebuah badan bukan keuntungan antarabangsa untuk menyatukan pertubuhan Islam sukarela dan menyelaras aktiviti dakwah,” ujarnya.

Justeru ujar Ibrahim, sumbangan dan pengaruh Almarhum terhadap perkembangan Islam menyaksikan beliau dilantik sebagai ahli seumur hidup Liga Dunia Muslim, sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang berbuat demikian.

Dalam konteks Sarawak, katanya Almarhum mempamerkan keterangkuman dalam dasar beliau memastikan keperluan masyarakat bukan Islam dipenuhi, menekankan nilai keadilan untuk semua melalui kerjasama beliau dengan badan agama lain untuk kebaikan semua rakyat Sarawak.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)