ARTIKEL

Laugh and Cry directions. Opposite traffic sign.

DATANG KESEDIHAN PERLUKAH MENANGIS?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Masrden MD

Bandar baru Sentul,

Kuala Lumpur.

Semasa aku menghadiri kursus motivasi di sebuah pusat kursus, aku dan peserta yang hadir ditanya oleh moderator yang menguruskan kursus tersebut.  

“Baiklah. Saya hendak bertanya anda semua yang hadir ini.

Apabila kita menyentuh bab perasaan, katakan perasaan sedih, perlukah menangis? Adakah menangis akan hilang sedih?”

Aku dan semua peserta yang hadir diam menikus. 

Seorang pun tidak berani hendak memberi jawapan kepada soalan yang diajukan itu. 

Dalam tempoh beberapa detik, aku cuba beranikan diri untuk menjawabnya. 

Namun, aku tidak pasti sama ada jawapanku nanti betul atau salah.

”Maaf tuan. Pada pendapat saya, kita kena tengok situasi sedih itu macam mana. 

Kalau sedih kerana ahli keluarga terdekat katakan hal meninggal dunia, mungkin kita tidak perlu menangis.

Sedangkan hati kita ketika itu berasa sedih,” aku cuba meleraikan persoalan yang dikemukakan oleh moderator.

Aku menoleh kiri dan kanan, semuanya terdiam.

Di wajah mereka kelihatan rasa serba salah. 

Mungkin mereka tidak dapat menerima atau mungkin ada yang dapat menerimanya.

“Terima kasih Cik Wan Teh atas jawapan yang diberikan.

Baiklah.

Bagaimana pula kalau putus kasih atau kehilangan orang yang kita cintai?” tanya moderator sambil mukanya tersenyum.

“Kalau putus kasih atau putus cinta, mungkin kita akan menangis. Sebab hati terlalu sakit,” jawab Cik Wan Teh dengan pantas.

“Maaf tuan. Saya ingin memberi pandangan sedikit berkaitan dengan kematian. Masa berlaku kematian, bagi saya tetap menangis yang bukan paksaan,” tiba-tiba Che Shah bersuara.

“Pada saya tipulah kalau tak nangis apabila insan terdekat dan paling saya sayang pergi buat selamanya. Sebab saya pernah hidup bersama-sama dengan mereka.  

“Contoh ayah saya, adik lelaki, emak saudara, sahabat karib yang telah kembali ke rahmatullah.

Menangis bukan bererti meraung.

Perasaan sedih bukan boleh ditahan-tahan. Ia meresap masuk ke dalam hati secara spontan. 

“Air mata hanya boleh melegakan bukan boleh menghapuskan kesedihan.

Kadang-kadang pada saat kita teringat sedih itu akan datang kembali.”

“Okey. Bagus. Sekarang kita ada dua pendapat.

Bagaimana pula dengan Encik Shafie? 

Saya tengok Encik Shafie dari tadi macam ada sesuatu yang nak dikongsikan,” ujar moderator.

“Maaf tuan. Saya tak ada apa-apa yang nak dikongsikan dalam hal ini. 

Bagi saya, pendapat dua kawan kita tu, semuanya betul,” ujar Shafie sambil tersenyum.

Dari belakang terdengar satu suara dengan kuat sedikit: “Terus terang saya katakan, saya tak pernah menangis ketika ayah saya meninggal dunia.

Saya tidak benci ayah saya.

Untuk apa saya menangis, kerana saya tidak pernah melihat ayah saya.”

“Kenapa jadi begitu?” tanya moderator inginkan kepastian.

“Saya lahir ayah dah meninggal.

Menurut kata emak, saya masih dalam perut lapan bulan,” jawab Rusdi dengan tenang.

“Tapi, saya menangis juga tuan apabila ada suatu hal menimpa saya,” jelas Rusdi.

“Ooo…, rupanya Encik Rusdi ada juga perasaan sedih ya.

Apakah peristiwa itu yang menjadi punca Encik Rusdi menangis? 

Boleh kongsi di sini?” tanya moderator.

“Ya tuan. Sekali tu, saya tengok buku tabung haji saya hanya ada RM100, masa tu saya memang menangis.”

Berderai ketawa peserta kursus. Rusdi dengan wajah bersahaja hanya mampu tersengih.

BERITA LAIN

Selamat Hari Pekerja, Kaki dan Tangan

SHIELD SAHRAN berasal dari Kuching, Sarawak. Melibatkan diri dengan penulisan cerpen dan seterusnya sajak dan novel. Mula menceburkan diri dalam penulisan di akhbar tempatan pada

Isteri aku, namanya Diam

JONG CHIAN LAI AKU, punyai tujuh perasaan dan satu akal. Kerana tujuh perasaan itu, aku menjadi gadis gelandangan. Yang merayau di tepi jalan beralaskan selipar

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

BERITA TERBARU