ARTIKEL

Dataran Ibu Pertiwi dilancarkan pada malam ambang tahun baharu 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dataran Ibu Pertiwi secara rasmi dipilih sebagai nama bagi persekitaran kompleks yang menampilkan monumen tiang bendera setinggi 99 meter bersebelahan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Berdiri megah di Tebingan Sungai Kuching, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut mendedahkan nama bendera dan tiang tersebut.

“Tiang tersebut akan dinamakan sebagai Tiang Ibu Pertiwi, mengibarkan bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi.

“Ibu pertiwi memberi bayangan kehebatan negeri Sarawak dengan warna yang ditampilkan iaitu merah, hitam dan kuning.

“Bendera ini melambangkan perpaduan kita dan semua anak Sarawak perlu tekad dan bekerja kuat untuk mempertahankan Ibu Pertiwi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024 di Tebingan Sungai Kuching, di sini, pada Ahad.

Menurutnya lagi, Ibu Pertiwi membawa kedaulatan kepada warga Sarawak dan tanah air ini perlu dipertahankan.

“Bangunkanlah Ibu Pertiwi ini supaya ia dapat bergerak lebih maju ke hadapan dan menjadi tempat yang sempurna untuk anak-anak Sarawak,” ringkasnya.

Sehubungan itu, beliau turut menjelaskan bahawa bendera yang tertinggi di Malaysia, malah di Asia Tenggara itu tidak melibatkan perbelanjaan daripada wang kerajaan.

“Tiga syarikat yang menyumbang kepada kos pembinaan ini ialah Petroleum Sarawak Berhad (Petros), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Syarikat Minyak Shell (Shell) menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

“Terima kasih kepada syarikat-syarikat berkenaan kerana membiayai tiang dan dataran Ibu Pertiwi kita,” ujarnya.

Abang Johari melancarkan Ibu Pertiwi pada malam ambang tahun baharu 2024, sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta