ARTIKEL

ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing mengedarkan buah limau mandarin dan kad TBC kepada orang ramai di Pasar Tamu Bintangor.

Datuk Ding Kong Hiing agih limau mandarin di Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing meneruskan tradisi agihan limau mandarin kepada orang ramai di sekitar bandar ini, hari ini.

Pada masa yang sama beliau turut mengedarkan kad ucapan tahun baharu Cina kepada setiap pengunjung.

Bukan sekadar buah sebaliknya menjadi salah satu simbol perpaduan kaum  ketika sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Sehubungan itu, beliau berharap TBC tahun ini diraikan dalam suasana penuh muhibbah dan sejahtera.

“Tradisi agihan mandarin kepada ramai orang merupakan simbolik kesatuan selain melambangkan semangat kebersamaan masyarakat Sarawak.

“Saya juga berharap ekonomi rakyat negeri ini khususnya Bintangor terus berkembang dan rakyat  hidup bersatu padu dalam suasana penuh  harmoni,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Bintangor, Lau Sie Hing, Bendahari,  Lee Ngin Soon, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bintangor Ley Chee Hua, Pemanca Yii Hee Sieng dan Kapitan Kiu Chiong Chui. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU