ARTIKEL

Datuk, peniaga Mi Kolok dikompaun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADAWAN: Seorang lelaki bergelar Datuk dikompaun kerana makan Mi Kolok di kaki lima sebuah kedai makan di Kota Sentosa, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata tindakan kompaun turut dikenakan terhadap peniaga Mi Kolok terbabit.

Katanya tindakan diambil ke atas kedua-dua lelaki berusia 69 dan 70 tahun itu setelah video Datuk terbabit makan tular dalam media sosial.

“Kedua-dua mereka bersetuju menerima tawaran kompaun RM1,500 seorang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Aidil, Datuk berkenaan mengaku makan berhampiran kedai Mi Kolok terbabit iaitu pada kira-kira jam 8.30 pagi Ahad lalu.

“Beliau mengaku telah makan pada jarak kira-kira lima kaki daripada gerai Mi Kolok terbabit kerana berada lapar pada ketika itu.

“Beliau juga mengaku meminta mangkuk daripada peniaga Mi Kolok itu untuk makan,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian