ARTIKEL

Datuk Sri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof disahkan positif Covid-19 selepas menerima keputusan ujian saringan awal malam tadi.

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menjalani ujian saringan pada jam 10.15 pagi semalam sebagai rutin yang dilaksanakan kementeriannya.

Menurut kenyataan Kementerian Kerja Raya (KKR), Fadillah sebelum ini turut sentiasa menjalani ujian saringan dari semasa ke semasa dan keputusan adalah negatif termasuk terkini pada 3 Jun lalu.

Bagaimanapun, Fadillah kini berada dalam keadaan stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

“Semoga Allah mempermudah urusan semua yang terlibat.

“Sepanjang tempoh kuarantin ini, saya akan terus memantau dan memastikan urusan kementerian berjalan dengan lancar,” katanya.

Fadillah akan menjalani kuarantin di rumah kerana tidak mempunyai sebarang gejala seperti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU