ARTIKEL

David Beckham lepak di rumah Shah Rukh Khan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KELUARGA bintang Bollywood popular, Shah Rukh Kan (SRK) berbesar hati apabila kediaman mewahnya di Mannat, Mumbai dikunjungi ikon bola sepak dunia, David Beckham.

Kedatangan Beckham menjadi simbolik persahabatan mereka dan merupakan lambang keakraban dua negara iaitu India dan England.

Sempena kunjungan suami Victoria Beckham itu di India, SRK menjadi tuan rumah untuk sebuah parti yang turut dihadiri selebriti elit Bollywood lain.

Antara yang memeriahkan acara ialah aktor Anil Kapoor dan anaknya Sonam, selain beberapa sahabat terdekat bintang fi lem Pathan itu seperti Maheep Kapoor, Sangeeta Bijlani dan Seema Sajdeh.

SRK dan isterinya, Gauri turut berkongsi momen bersejarah itu dalam Instagram mereka termasuk menzahirkan rasa gembira meraikan Beckham dan tetamu lain.

“Malam terakhir dengan seorang ikon dan seorang lelaki sejati.

Saya amat mengagumi dan berpeluang bertemu dengannya serta melihat dia melayani anak-anak membuatkan saya sedar satu-satunya hal yang melebihi bola sepak adalah kebaikannya,” tulis Shah Rukh Khan. 

LAIN-LAIN BERITA

Anak Sarawak, Roxy Ixzy juara bintang RTM 2024

PENYANYI kelahiran Sarawak, Roxy Ixzy muncul juara Bintang RTM 2024 pada konsert akhir pertandingan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri baru-baru ini.  Roxy atau Roziena Ixzy

Vivek Vaswani dedah rahsia Shah Rukh Khan

PENERBIT filem, Vivek Vaswani mendedahkan perkara mengejutkan tentang pelakon, Shah Rukh Khan iaitu memiliki 17 telefon bimbit. Dedahnya, dia tidak berhubung dengan hero Bollywood itu

Tom Cruise berpisah dengan kekasih

HUBUNGAN pelakon terkenal Tom Cruise dengan model asal Rusia iaitu Elsina Khayrova dilaporkan berakhir dengan perpisahan. Sumber terdekat pasangan itu memberitahu Tom, 61, yang menamatkan

BERITA TERBARU