ARTIKEL

Dr Jerip (duduk dua kanan) bercakap pada sidang media Karnival Gawai Dayak 2024 Bahagian Serian.

Dayung Sangon, Dari Pogan tarikan utama Karnival Gawai Dayak 2024 Bahagian Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pertandingan Dayung Sangon dan Dari Pogan 2024 bakal menjadi tarikan utama pada Karnival Gawai Dayak 2024 Bahagian Serian yang akan berlansung pada 6 hingga 8 Jun akan datang.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Darat dan Udara), Datuk Dr Jerip Susil, berkata acara tersebut akan dijangka menarik ramai pengunjung, terutamanya penduduk kampung sekitar Siburan.

“Tarikan utama adalah pertandingan Dayung Sangon dan Dari Pogan kerana ia sesuatu yang unik semasa Gawai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Karnival Gawai Dayak 2024 Bahagian Serian di Pejabat Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) di sini, hari ini.

Acara final, yang membabitkan lapan jelitawan dan lapan jejaka kacak Bidayuh, akan berlansung di Dewan Manggeng dan Dewan Rais Kampung Sungai Du’uh, Siburan.

Pertandingan tersebut akan bermula pada jam 7 malam hingga 11 malam 6 Jun, di mana para finalis akan mengetengahkan bakat mereka, sementara malam kemuncaknya diadakan pada 8 Jun.

Selain itu, Jerip yang juga Pengerusi Jawatankuasa Karnival Gawai Dayak 2024 Bahagian Serian, berkata sebanyak 40 bazar makanan dan minuman serta kraf tangan turut dibuka sepanjang karnival.

Katanya, bazar makanan dan minuman yang menjual makanan halal dan tidak halal itu dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak di kawasan parkir Dewan Manggeng sekali gus menjana pendapatan buat penduduk tempatan.

“Pada hari karnival, kita turut menjemput institut pengajian tinggi seperti CENTEXS dan lain-lain universiti tempatan untuk membuka reruai dan memberi ceramah pendidikan pada masa yang sama.

“Kita melibatkan pelajar sekolah menengah dan pelajar Darjah Enam kerana Yayasan Sarawak akan memberi ceramah mengenai kemasukan ke Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak,” katanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong itu.

Tambahnya, program peningkatan kemahiran turut diadakan bagi pelajar lepasan sekolah yang berminat dalam bidang kemahiran.

Selain itu, katanya, Pertandingan Sukan Rakyat membabitkan pertandingan menyumpit, pertandingan melastik dan pertandingan ‘kaki hantu’ turut diadakan pada 8 Jun di padang Kampung Sungai Du’uh.

Turut hadir, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin, yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Karnival Gawai Dayak 2024 Bahagian Serian, dan Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Datuk Ik Pahon Joyik.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU