ARTIKEL

dBazzar ‘Super App’ menawarkan semua dalam satu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah aplikasi e-dagang baharu ‘dBazzar’ yang dibangunkan oleh rakyat Sarawak kini menemui pengguna dengan menawarkan semua kemudahan dalam satu aplikasi.

Menggunakan S Pay Global (dahulu Sarawak Pay) sebagai medium pembayaran, aplikasi tersebut menjanjikan pulangan pendapatan, tawar-menawar dan ganjaran. Malah sempena dengan pelancarannya bulan ini, terdapat bonus pendaftaran percuma bernilai RM7.

Dilancarkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini, aplikasi super tersebut kini mempunyai 23,000 pengguna berdaftar dan telah melalui fasa percubaan sejak 10 bulan lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas dBazzar Kent Kho, aplikasi tersebut bertujuan untuk menyaingi syarikat gergasi terkenal seperti Grab, Shopee, Mudah, Agoda dan BonusLink dengan menggabungkan ciri-ciri dan faedah terbaik daripada aplikasi tersebut ke dalam platform semua-dalam-satu.

“Uniknya, dBazzar dilancarkan dengan logistik bandar dan luar bandar termasuk memasukkan ‘Kampung-To-Kitchen’ iaitu elemen yang memberi penekanan dan direka untuk membantu masyarakat luar bandar mempromosikan dan membawa produk ke bandar,” ujarnya.

Beliau menekankan matlamat utama dBazzar adalah untuk mempunyai yuran transaksi pedagang lebih rendah pada kadar 10 peratus yang diterjemahkan kepada harga yang lebih murah untuk pengguna.

Aplikasi super itu menggunakan S Pay Global milik Sarawak (dahulu Sarawak Pay) sebagai medium pembayaran dan dibangunkan dengan kepakaran Sarawak Information Systems (SAINS), pakar teknologi maklumat milik Kerajaan Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan