KOTA SAMARAHAN: Skuad DBKL mencipta sejarah tersendiri muncul juara Cabaran Futsal Sarawak 2023 selepas menumpaskan PFA Odin (3-1) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan petang tadi.
Gol DBKL dijaringkan oleh Yazid Kamaruzuan minit ke-7, Muhammad Karlish Mohd. Amin minit ke-20 dan Mohd. Hafiz Roslan minit ke-27.
Gol tunggal PFA Odin dijaringkan oleh Radziman Radzuan minit ke-11.
Kemenangan itu, membolehkan pemain DBKL membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta piala dan pingat.
Sambil itu, wang tunai RM5,000 berserta piala dan pingat diterima pemain PFA Odin selaku naib juara.
Dalam pada itu, pasukan Grace CBF Old KK dan Gema FC (Sanggau/Kalimantan Barat, Indonesia) yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM2,000 termasuk piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.
Manakala, penyerang handalan dan penjaga gol DBKL, Yazid Kamaruzuan dan Abdul Fakrul Akram Abdul Halim masing-masing dipilih sebagai pemain terbaik dan penjaga gol terbaik.
Kedua-dua pemain terbabit membawa pulang wang RM150.