ARTIKEL

DBKU buka 57 tapak jualan sempena Ambang Tahun 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menawarkan 57 buah tapak jualan di sepanjang Jalan Gambier sempena sambutan Ambang Tahun Baru 2024.

Pengarahnya, Mohamed Khaidir Abang berkata, ia bersempena sambutan Ambang Tahun Baru bermula jam 8 pagi sehingga 1 pagi pada 31 Disember 2023 (Ahad).

“Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM15 sepetak.

“Para penjaja dikehendaki menggunakan meja, kerusi dan kanopi biru sendiri dengan ukuran 10×10 semasa menjalankan aktiviti perniagaan bagi memastikan keseragaman serta memudahkan kerja-kerja susun atur,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pemohon yang berminat diminta hadir ke Bahagian Pelesenan DBKU atau Depo, Jalan Depo bermula jam 9 pagi pada 27 Disember 2023 (Rabu).

Jelasnya, para pemohon juga dikehendaki membawa beberapa dokumen penting semasa hadir ke Depo kelak.

Antaranya, gambar berukuran passport pemohon dan pembantu gerai atau pekerja.

Selain itu, salinan kad pengenalan pemohon, pembantu gerai atau pekerja mereka, sijil kursus pengendali makanan pemohon dan pembantu gerai/pekerja, salinan laporan pemeriksaan kesihatan berserta suntikan pelalian antitifoid (vaksin demam kepialu) pemohon dan pembantu gerai/pekerja atau salinan kad pengendali makanan DBKU serta yuran penyertaan sebanyak RM15.

Orang ramai boleh menghubungi talian 082-512955 untuk sebarang maklumat lanjut.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU