ARTIKEL

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (tengah) turut menyertai aktiviti membaca murid-murid di SK (A) Datuk Abdul Kadir Hassan

DBKU iktiraf Mei sebagai Bulan Membaca DBKU setiap tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (BBKU) menjadikan bulan Mei sebagai bulan kempen membaca di bawah kawasan pentadbiran dengan pelbagai pengisian aktiviti menarik.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap ADUN Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pengiktirafan itu sebagai langkah memperkasa masyarakat berilmu di samping memupuk amalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat khususnya di Kuching.

Tegasnya, usaha itu diselarikan dengan kerjasama erat bersama pihak pengurusan sekolah bermula dari peringkat rendah sehingga ke institusi pendidikan tinggi yang terdapat bawah pentadbiran DBKU.

“Maka bermula 2024, DBKU menjadikan bulan Mei ini dan akan datang sebagai bulan membaca seluruh warga kota DBKU untuk menjadi amalan semua.

“Langkah ini dimulakan seawal mungkin dengan memberi penekanan kepada murid-murid tabika, jadi kita menggalakkan usaha sama dilaksanakan di rumah dan sekolah untuk memastikan amalan membaca sebagai aktiviti atau program biasa dijalankan sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sekali gus merasmikan Majlis perasmian Bulan Membaca DBKU 2024 di Sekolah Kebangsaan (A) Datuk Abdul Kadir Hassan, hari ini.

Tambahnya, usaha itu seiring impian Kerajaan Sarawak memberikan pendidikan percuma kepada anak tempatan yang memasuki pengajian tinggi menjelang 2026.

Bagi meningkatkan kempen amalan membaca DBKU, Abdul Rahman memberitahu, DBKU bersedia menjalinkan kerjasama dengan pihak pengurusan sekolah khususnya bagi melaksanakan program berkaitan memperkasa amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

“Kita menyokong saranan untuk kerjasama erat bersama-sama DBKU, sama ada dari segi cadangan perkara hasil perbincangan yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid untuk diadakan di sekolah atau DBKU pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan DBKU turut komited menjadikan kawasan pentadbirannya sebagai Bandar Mesra Kanak-Kanak.

Katanya, usaha itu diperkasa menerusi hubungan kerjasama erat antara DBKU dan UNICEF bagi memastikan kemudahan mesra kanak-kanak dapat dicapai.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyuarakan sokongan terhadap penubuhan Majlis Kanak-Kanak (Children Council) dengan kanak-kanak diberi ruang menjadi wakil dalam menyuarakan keperluan mereka di bawah pentadbiran DBKU.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke