ARTIKEL

Hilmy ketika melihat salah seekor kucing sempena prapelancaran Festival Kucing Antarabangsa Kuching (KICF) 2026 di Tebingan Sungai Kuching, hari ini. FOTO RAMIDI SUBARI

DBKU sasar jadi tuan rumah Pertunjukan Kucing Antarabangsa WCF tahun hadapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berhasrat kembali menjadi tuan rumah Pertunjukan Kucing Antarabangsa Persekutuan Kucing Sedunia (WCF) tahun hadapan dengan penganjuran pada skala lebih besar bagi menarik ramai penggemar dan penggiat kucing dari seluruh dunia.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Hilmy Othman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Putra Cat Boarding and Services serta juri daripada WCF berhubung hasrat berkenaan dan menerima respons positif.

“Kita bersyukur kerana perancangan untuk kembali menganjurkan Pertunjukan Kucing Antarabangsa WCF tahun hadapan mendapat respons yang begitu baik daripada WCF.

“Kita telah berbincang dan insya-Allah, sekiranya diberi peluang untuk menjayakannya pada tahun hadapan, ia akan memberi ruang kepada pelibatan lebih ramai penggemar dan penggiat pemeliharaan kucing di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan prapelancaran Festival Kucing Antarabangsa Kuching (KICF) 2026 di Tebingan Sungai Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menambah, DBKU juga berhasrat membida semula penganjuran acara berkenaan untuk tahun hadapan ekoran kejayaannya tiga tahun lalu.

“Sekiranya kita diberi kepercayaan kelak, Kuching akan bergema dan kita dapat menjayakannya pada skala lebih besar sekali gus memberi manfaat yang lebih luas.

Hilmy ketika ditemui selepas menyempurnakan prapelancaran Festival Kucing Antarabangsa Kuching (KICF) 2026. FOTO RAMIDI SUBARI

“Justeru, kita juga akan bekerja keras memastikan segala persiapan dapat dilakukan sekiranya Kuching dipilih semula sebagai tuan rumah WCF tahun hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan penganjuran acara bertaraf antarabangsa di sini akan melibatkan kerjasama agensi berkaitan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi memastikan urusan kemasukan dari luar negara berjalan lancar.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) berkenaan sememangnya diguna pakai dalam penganjuran pelbagai acara antarabangsa di Kuching, termasuk bagi mengurus kemasukan delegasi, penceramah dan juri dari luar negara.

“Maklum balas yang kita terima daripada peserta luar negara menunjukkan urusan kemasukan delegasi, penceramah dan juri berjalan lancar serta mendapat perhatian daripada Kerajaan Sarawak.

“Jadi, SOP yang sama akan diteruskan sekiranya Kuching diberi peluang menganjurkan WCF tahun hadapan, termasuk bagi penganjuran beberapa acara antarabangsa lain yang akan berlangsung tidak lama lagi, antaranya di bawah Perhimpunan Agung dan Simposium Saintifik (ICOMOS) Ke-22 yang dijangka menghimpunkan lebih 1,000 delegasi antarabangsa pada penghujung bulan ini,” tegasnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha