ARTIKEL

DBKU sedia 168 petak jualan bazar Ramadan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menyediakan sebanyak 168 petak jualan bazar Ramadan di tiga lokasi berbeza iaitu di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, permohonan petak jualan itu dibuka bermula hari ini hingga 21 Februari 2023 dengan bayaran yuran sekitar RM300 hingga RM500 sahaja.

“Pemohon boleh membuat permohonan menerusi pautan ‘Google Form’ di laman Web DBKU dan pemohon diingatkan untuk mengemukakan nombor telefon dan emel yang sah supaya mudah dihubungi.

BERCAKAP…. Abdul Rahman (tengah) bercakap pada sidang media petak jualan bagi bazar Ramadan DBKU 2023/1444H di Kuching Family Park, hari ini.

“Sila ambil maklum bahawa setiap permohonan adalah “First Come First Serve”. Setiap permohonan akan ditapis dan hanya yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh DBKU,” katanya dalam sidang media di pekarangan Kuching Family Park, hari ini.

Tegasnya, mereka dikehendaki memuat naik dokumen lengkap iaitu gambar, salinan kad pengenalan, salinan sijil kursus pengendali makanan dan salinan pemeriksaan kesihatan beserta suntikan typhoid (vaksin kepialu) bagi kedua-dua pemohon dan pembantu gerai.

Baca lain  Adun, ahli kabinet Sarawak jalani ujian calitan

Bagi bilangan petak pula, Abdul Rahman memaklumkan sebanyak tiga kategori jualan akan disediakan kepada para pemohon.

“Kawasan Satok merangkumi 18 bilangan petak jualan minuman, 72 petak jualan makanan dan empat petak jualan panggang.

“Bazar Semarak merangkumi empat petak kategori jualan, 12 makanan, dan lapan panggang manakala Sukma Ria sebanyak 10 petak gerai minuman, 34 makanan dan enam jualan panggang,” katanya.

Tambahnya, terdapat juga beberapa bazar Ramadan dan Aidilfitri anjuran pihak swasta seperti bazar PosaRaya di Stadium, Pasar Malam Metrocity, bazar Ramadan Syawal Mydin Vista Tunku dan bazar Aidilfitri Satok.

BERITA LAIN

Bot LSS hilang ditemui di Sungai Selumit

TANJUNG MANIS: Sebuah bot milik Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSS) yang dilaporkan hilang di Terminal Tanjung Manis telah ditemui semula di Sungai Selumit dekat sini,

Tiada keperluan kanak-kanak miliki media sosial

KUCHING: Tiada keperluan bagi kanak-kanak untuk memiliki akaun media sosial, kata Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak. Yang Dipertua MAPIM Sarawak, Datuk Rozalix Edi

LPKP Sarawak kemas kini garis panduan

KUCHING: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak sedang menyemak dan mengemas kini dasar serta garis panduannya bagi membolehkan tindakan yang lebih tegas dikenakan terhadap pemegang

BERITA TERBARU