ARTIKEL

Kawasan FIR yang dipantau oleh Pejabat Meteorologi Sabah.

Debu Gunung Berapi Ruang hanya beri kesan kepada sektor penerbangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Debu dari Gunung Berapi Ruang, Manado di Sulawesi Utara, Indonesia tidak memberi kesan secara langsung kepada orang awam, tetapi hanya memberi kesan kepada sektor penerbangan di Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim berkata, sehubungan itu, FIR terbabit hanya dipantau oleh Pejabat Meteorologi Sabah.

“Amaran letusan gunung berapi dikeluarkan oleh pihak Indonesia melalui Badan Meteorologi, klimatologi dan Geofisika (BMKG).

“Pejabat Meteorologi Sabah dipertanggungjawabkan memantau kesannya di FIR dan mengeluarkan amaran untuk penerbangan jika ada keperluan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pihaknya mengeluarkan maklumat keselamatan berkenaan amaran bahaya debu Gunung Berapi Ruang yang memberi impak kepada operasi penerbangan di FIR Kota Kinabalu.

“Kesan letusan itu menyebabkan terbentuknya awan debu yang bergerak menuju FIR Kota Kinabalu yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan pesawat di ruang udara berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Baca lain  Dua keluarga di rumah panjang, Segala Beraoh diancam tanah runtuh

Sehubungan itu, Norazman berkata, CAAM menyarankan syarikat penerbangan dan pengendali pesawat memantau berterusan perkembangan meteorologi, notis serta maklumat berkaitan debu gunung berapi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Selain itu, katanya orang ramai yang terlibat bagi penerbangan melibatkan kawasan berkenaan juga dinasihatkan sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan berkaitannperkembangan letusan gunung berapi dan status terkini jadual penerbangan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan.

Manakala, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, Gunung Berapi Ruang, berketinggian 725m dari paras laut meletus pada 9.45 pagi, 16 April lalu dan menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak.

Katanya ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan
pesawat.

“Bagaimanapun setakat ini, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU),” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurutnya, pada masa ini Indonesia mempertingkatkan amaran letusan gunung berapi kepada Tahap 4 (AWAS) dan menjangkakan Gunung Berapi Ruang terus aktif dan boleh meletus dari semasa ke semasa.

Baca lain  Tawar 30 peratus cuci kenderaan sempena Hari Malaysia

“MET Malaysia terus memantau kesan letusan Gunung Berapi Ruang ke atas negara.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan
media sosial,” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim