ARTIKEL

Para pelajar serta pensyarah Curtin merakam kenangan bersama dengan pegawai-pegawai industri terlibat semasa mengadakan lawatan ke MCCGT, Lutong di sini baru-baru ini.

Dedah dunia sebenar kejuruteraan pembinaan kepada pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pembinaan serta Persatuan Awam Curtin Universiti Malaysia (Curtin Malaysia) mengadakan lawatan sambil belajar ke tapak pembinaan Turbin Gas Kitaran Gabungan (MCCGT), Lutong di sini baru-baru ini.

Curtin Malaysia dalam satu kenyataan berkata, lawatan tersebut bertujuan memperkenalkan pelajar kepada penyatuan tanah dan mendedahkan mereka kepada dunia sebenar dalam bidang kejuruteraan pembinaan.

Lawatan tersebut disertai seramai 35 pelajar Kejuruteraan Awam dan Pembinaan, Kejuruteraan Alam Sekitar, Pengurusan Pembinaan, serta program Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) di Fakulti Kejuruteraan Curtin Malaysia.

Mereka diiringi Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pembinaan, Profesor Madya Wong Kwong Soon, Pensyarah Dr Haider Hamad Ghaye, dan penyelaras program Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar Dr Tan Yin Ling.

Lawatan bermula dengan taklimat keselamatan dan projek oleh Ahli Panel Penasihat Industri dari Advancecon (Sarawak) Sdn Bhd, Thomas Ling Kiong.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti