ARTIKEL

Dedahkan sejarah RASCOM agar generasi tidak lupa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Seramai 50 delegasi Veteran Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja (6 RRD) beserta keluarga mereka telah mengadakan Lawatan Reunion Skuad 1022/1024 ke Muzium RASCOM di sini, semalam.

Lawatan itu telah dikelolakan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Lanang dan diketuai oleh PW I (B) Danggang Ugik.

Menurut Danggang, ketibaan delegasi yang terdiri daripada 50 orang Veteran 6 RRD bersama-sama ahli keluarga mereka di Muzium RASCOM disambut oleh Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd), Brigadier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun.

“Sebelum ke muzium, kami telah melawat Kem Oya di mana 6 RRD pernah berpangkalan di kem tersebut mulai November 1978 hingga November 1980.

“Di sana, Pegawai Staf 2 Risik Markas 9 Briged menyampaikan taklimat ringkas mengenai penubuhan Rajang Area Security Command (RASCOM) dan 9 Bgd kepada delegasi Veteran 6 RRD sebelum melawat Muzium RASCOM serta mengimbau kembali kenangan semasa berkhidmat di Sibu,” katanya.

Dengan lawatan itu, ia dapat mendedahkan sejarah RASCOM kepada mereka terutamanya ahli keluarga kerana ia suatu simbolik yang amat penting yang ketika dahulu agensi keselamatan bersama dengan masyarakat tempatan bekerjasama dan mempertahankan bumi Sibu ini daripada ancaman komunis.

Sementara itu, beliau berharap sejarah penubuhan RASCOM tidak dilupai oleh generasi muda dan jasa perwira haruslah sentiasa dihargai.

Pada masa yang sama, Ahmad turut bergambar bersama delegasi Veteran 6 RRD sebagai kenangan dan dijadikan sebahagian daripada koleksi Muzium RASCOM.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

Premis makanan dipantau supaya sentiasa bersih, selamat

SIMANGGANG: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mempergiatkan pemantauan terhadap premis makanan sekitar Simanggang bagi memastikan pengusaha mengutamakan aspek kebersihan terbaik.

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan