ARTIKEL

HADIR...Hilmy (tengah) bersama para pemenang anugerah dan wakil Sarorso

Dedikasi DBKU lonjak kemenjadian pelajar, masyarakat setempat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU), Hilmy Othman hadir menyempurnakan majlis penyampaian penghargaan kepada wakil Sarawak ke WOC, Taichung 2022, semalam.

Majlis ringkas berlangsung di pejabatnya di Jalan Samariang Bukit Siol.

Majlis dihadiri oleh empat wakil pelajar yang menyediakan poster kemenangan bersama beberapa ahli daripada Persatuan Orkid Sarawak (SARORSO).

SARORSO dalam satu kenyataan menzahirkan penghargaan kepada Hilmy atas kesanggupan beliau hadir bersama dalam menjayakan majlis.

“Kehadiran beliau bukan sahaja patut dihargai dan menjadi dedikasi pelajar malah mampu menjadi penyuntik semangat terhadap masyarakat.

“Penglibatan beliau sudah pasti akan membuka peluang kerjasama yang lebih banyak dan sokongan.

“Ia sekali gus membantu menjayakan objektif projek dan memberi manfaat bukan sahaja kepada sekolah malah kepada masyarakat, negeri dan juga negara,” kata kenyataan itu.

Majlis turut dihadiri wakil Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuching, wakil Mikropagasi Orkid Vitro Juma’ani (JIVOM) dan pihak SARORSO sendiri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh